MSBK 2023: Kasma, Yamaha Julang Kelas Elit, Helmi Menang MSBK600 Bersama Honda Di Perlumbaan 1 Pusingan 2!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/9/20232 min read

KASMA Daniel Kasmayuddin membuktikan statusnya sebagai penyandang juara selepas jaguh pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team Asean itu menjuarai Perlumbaan 1 kelas elit MSBK1000 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2023, hari ini.

Dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang turut meriah dengan acara konsert Hausboom Music Festival 2023 itu, Kasma disaing hebat dua pelumba, Azlan Shah Kamaruzaman dan Zaqhwan Zaidi sepanjang perlumbaan.

Dan seperti dijangka, persaingan membabitkan ketiga-tiga pelumba yang pernah beraksi di perlumbaan Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia itu cukup sengit sehingga garisan penamat.

Tempat kedua menjadi milik Azlan yang berlumba bersama pasukan 2. Azlan Shah Kamaruzaman, Horizon Racing Team menggunakan jentera BMW manakala Zaqhwan (Boon Siew Honda Racing Team) lengkapkan kedudukan podium.

"Sejak dari Pusingan 1, kami agak ketinggalan kerana tidak dapat menguruskan situasi 'engine brake'," kata Kasma. "Jadi pada kali ini, kami memperoleh pelarasan yang betul.

"Ketika perlumbaan, saya cuba mengekalkan masa sepusingan saya. Saya tahu sejak awal yang Zaqhwan mengekori saya tetapi saya tidak tahu pada satu ketika dia jauh ketinggalan jadi saya kembali ke perlumbaan untuk memastikan masa sepusingan saya konsisten. Saya amat beryukur hari ini."

Sementara itu, perlumbaan dalam kelas MSBK600 berjaya dimenangi Md Helmi Azman daripada pasukan Boon Siew Honda Racing Team diikuti rakan sepasukannya, Khairul Idham Pawi, kedua.

“Tidak mudah untuk bersaing dengan pelumba seperti Ibrahim (Norrodin) menyertai perlumbaan ini di Pusingan 2 selain Soichiro (Minamimoto) dan rakan sepasukan saya, Khairul," kata Helmi.

"Saya tidak meremehkan mereka dan saya menjangkakan persaingan yang hebat daripada mereka semua. Untuk saya, saya cuba mengekalkan rentak dan kekal fokus sejak awal hingga akhir. Saya amat bersyukur dengan kemenangan hari ini. Terima kasih kepada pasukan dan keluar saya."

Ibrahim dari pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team Asean ketiga.

Berikut keputusan podium Perlumbaan 1 (Semua kelas) MSBK 2023, hari ini.

MSBK1000

1. Kasma Daniel Kasmayudin, Yamaha Gen Blu Racing Team Asean

2. Azlan Shah Kamaruzaman, Horizon Racing Team

3. Muhammad Zaqwan Bin Zaidi, Boon Siew Honda Racing Team

MSBK1000 (B)

1. Chen Hsuan, Ming Dream Team

2. Kuo Shih, Wei Dream Team

3. Khoo Chee Yen Mobilub, Suzuki Racing Team

MSBK600

1. Muhd Helmi Azman Boon Siew Honda Racing

2. Khairul Idham Pawi Boon Siew Honda Racing

3. Muhd Ibrahim Mohd Norrodin Yamaha Gen Blu Racing Team Asean

MSBK250 (A)

1. Md Irfan Haykal, Boon Siew Honda Racing Team

2. Md Muzakkir Mohamed, Horizon Racing Team

3. Md Farid Hakimi, Boon Siew Honda Racing Team

MSBK250 (B)

1. Md Izrul Huzaimie, Horizon Racing Team

2. Saidatul Zakirah, Lady Boss Racing Team

3. Md Farderin Iskandar

Honda CBR250RR Challenge Cup

1. Md Shahrol Shazras, Malaysia

2. Nguyen Duch Thanh, Vietnam

3. Nguyen Huu Tri, Vietnam

Berjaya Sompo Y16ZR Race MasterClass

1. Md Shafiq Ezzariq, NS1 Racing Team

2. Abdullah Qayyum Razak, Twoway

3. Md Adie Putra Sukarno, Hiap Aik Racing Team