MSBK 2024: AZROY, Helmi Cemerlang Di Sepang

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/12/20242 min read

DUA pelumba Boon Siew Honda Racing, Azroy Hakeem Anuar dan Md Helmi Azman masing-masing melakar kemenangan berganda pada Pusingan 1 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2024 di Litar Antarabangsa Sepang.

Selepas memenangi Perlumbaan 1 kelas elit MSBK1000 yang turut terganggu susulan hujan pada Sabtu, Azroy yang menunggang jentera Honda CBR1000RR-R sekali lagi menaiki podium sebagai juara pada Perlumbaan 2.

Sekalipun tampak selesa pada satu ketika, pelumba yang turut beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) itu diberikan saingan sengit oleh seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman di saat akhir.

"Sejak dari awal saya cuba untuk menjarakkan diri daripada kumpulan kerana saya dapat merasakan yang pada pertengahan perlumbaan, kelajuan saya akan berkurangan," kata Azroy.

"Saya hanya cuba untuk mengawal perlumbaan kerana ada ramai pelumba perlahan yang akan mengganggu garisan perlumbaan.

"Tetapi saya juga tidak menjangkakan Azlan secara tiba-tiba berada di tepi saya pada pusingan terakhir. Tetapi secara keseluruhan ia adalah perlumbaan yang baik.

"Sasaran saya adalah untuk beraksi dengan lebih baik pada perlumbaan berikutnya."

Azlan dari pasukan Horizon Racing Team dan menunggang jentera BMW M1000R menamatkan perlumbaan di tangga kedua dan pelumba Thailand,

Nakarin Atiratphuvaphat (Honda Racing Thailand) ketiga.

Sementara itu, Md Helmi Azman turut menampilkan penguasaan tersendiri dalam kelas MSBK600 dengan memenangi Perlumbaan 2 sekalipun dicabar dua pelumba Thailand, Apiwath Wongthananon dan Thanat Laoongplio.

"Satu lagi pertarungan yang sukar hari ini," kata Helmi. "Saya cuba untuk menjarakkan kedudukan daripada kelompok tetapi saya tersekat dalam persaingan yang sengit selama 6 pusingan.

"Saya tidak berhenti untuk melakukan serangan sehingga saya mencipta jurang yang kecil dan akhirnya memenangi perlumbaan," kata Helmi.

Wongthananon dari pasukan Yamaha Tekhne Racing Team Asia meraih tempat kedua dan Laoongplio dari Honda Racing Thailand ketiga.

Berikut adalah kedudukan 5 terbaik Perlumbaan 2 MSBK 2024

MSBK1000

  1. Azroy Hakeem Anuar - BOON SIEW HONDA RACING TEAM (21'27:597s)

  2. Azlan Shah Kamaruzaman - HORIZON RACING TEAM (21'27:840s)

  3. Nakarin Atiratphuvaphat (Thailand) HONDA RACING THAILAND (21'31:121s)

  4. Passawit Thitivararak (Thailand) HONDA RACING THAILAND (21'51:482s)

  5. Md Ibrahim Md Norrodin - FGRT Project (21'55:913s)

MSBK1000 B

  1. Heng Si Kiat (Singapura) (23'14:646s)

  2. Lee Po Yu - DREAM TEAM (23'21:807s)

  3. Raja Nazeem Iskandar - SEVEN Motorsports (23'22:433s)

  4. Mohd Azlly Shaari - FGRT Project (23'31:021s)

  5. Chan Qing Rong - (23'35:216s)

MSBK600

  1. Md Helmi Azman - BOON SIEW HONDA RACING TEAM (21'58:135s)

  2. Apiwath Wongthananon (Thailand) YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (21'59:270s)

  3. Thanat Laoongplio (Thailand) HONDA RACING THAILAND (22'01:261s)

  4. McKinley Kyle Paz (Filipina) YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (22'24:883s)

  5. Chiang Chih Ying (Taiwan) (23'21:296s)

MSBK250 A

  1. Irfan Ardiansyah (Indonesia) Honda NWN SCK Racing Team (19'56:285)

  2. Gerry Salim (Indonesia) Honda NWN SCK Racing Team (19'56:338)

  3. Muhd Irfan Haykhal Amidi - BOON SIEW HONDA RACING TEAM (19'56:346s)

  4. Muhd Muzakkir Mohamed - HORIZON RACING TEAM (19'56:524s)

  5. Muhd Shahrol Syazras Shahrol Yuzy - Honda Estremo Yuzy Racing (19'56:538s)

MSBK250 B

  1. Rakha Bima Saktiansyah (Indonesia) Honda NWN SCK Racing Team (20'46:771s)

  2. Md Naqib Rifqi Zulhelmi - Malaysia (21'00:746s)

  3. Mohd Farderin Iskandar - Darsalube MH Racing Team (21'03:725s)

  4. Mohd Ezrix Syariz - Darsalube MH Racing Team (21'26:439s)

  5. Muhd Nur Haikal Muhd Nur Fikri - NAKKAWANBULIHHH Racing Team (21'26:625s)