MV Agusta Kini Rasmi Di Malaysia

TERKINI

3/3/20241 min read

SELEPAS beberapa tahun 'mendiamkan diri', jenama motosikal premium Itali, MV Agusta akhirnya mengumumkan kehadiran semulanya secara rasmi di pasaran Malaysia.

Dalam satu kenyataan media, kepulangan secara rasmi MV Agusta ke Malaysia itu berlangsung dalam satu majlis yang dianjurkan oleh pengedar dan pengimport eksklusif jenama itu, AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI), baru-baru ini.

Apa yang menarik, turut didedahkan ketika acara berkenaan yang berlangsung di bilik pameran MV Agusta Malaysia di Petaling Jaya adalah model edisi terhad, MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring.

Sebagai info, MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring yang dihasilkan menggunakan platform MV Agusta Brutale 1000RR dihasilkan sebanyak 150 unit seluruh dunia.

Dan harga yang diumumkan untuk model berkenaan adalah RM 399,900 (asas) yang juga model ke-90 daripada 150 unit yang dihasilkan.

Pengarah Urusan Kumpulan AMI, Dato Jeffrey Lim dalam majlis berkenaan berkata: "Selepas lebih daripada lima tahun, MV Agusta membuat kepulangan semula ke Malaysia.

"Kami teruja untuk membawa semula jenama ikonik Itali ini ke Malaysia, dan menawarkan rangkaian yang menyeluruh terhadap barisan model-model dan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif.

"Ini adalah permulaan babak baharu untuk MV Agusta di Malaysia, dan kami teruja untuk kembali memikat hati pencinta dua roda di Malaysia sekali lagi," katanya.

Selain MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring, MV Agusta Malaysia turut menampilkan 9 lagi model yang dijual secara rasmi di pasaran tempatan.

Berikut adalah senarai model MV Agusta yang berada di Malaysia beserta harga jualannya:

  • MV Agusta Brutale 1000 RS: RM 168,800

  • MV Agusta F3 RR: RM 145,800

  • MV Agusta F3 Rosso: RM 111,800

  • MV Agusta Superveloce: RM 138,800

  • MV Agusta Dragster RR: RM 148,800

  • MV Agusta Dragster Rosso: RM 99,800

  • MV Agusta Brutale Rosso: RM 96,800

  • MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring: RM 399,900

  • MV Agusta Turismo Veloce Lusso: RM 140,800

  • MV Agusta Turismo Veloce Rosso: RM 99,800