'NAKED Bike' Morbidelli F252 (2026) Dah Sampai Malaysia, RM 14,888!
Memilik angka '2' di belakang Morbidelli F252, motosikal ini dikuasakan enjin 2 Silinder Sebaris bersesaran 249.5 cc, 4 Lajang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual
TERKINI
4/17/20261 min read


GILIRAN peminat motosikal bergaya 'Naked bike' suku liter tempatan untuk tersenyum apabila Morbidelli Malaysia mengumumkan jagoannya, Morbidelli F252 (2026) sudah tiba di cawangan bilik pameran dan jualan MForce Bike, hari ini.
Seperti diumumkan di China, tahun lalu, Morbidelli F252 ditawarkan pada harga menarik RM 14,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Dua pilihan warna menarik tersedia iaitu Bulk Black dan Tundra White.
Memilik angka '2' di belakang F252, motosikal ini dikuasakan enjin 2 Silinder Sebaris bersesaran 249.5 cc, 4 Lajang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa 33.5 Hp pada 12,000 rpm serta tork 20 Nm pada 10,000 rpm.
Seperti motosikal moden lain, Morbidelli F252 memiliki tiga mod tunggangan (Standard, Sport dan Expert) dan turut menawarkan sistem bantuan tunggangan moden termasuk Sistem Kawalan Traksi (TCS).
Panel meter menggunakan jenis TFT 5 inci lengkap dengan ciri sambungan telefon pintar menerusi aplikasi Morbidelli dan Bluetooth yang menawarkan notifikasi panggilan, 'screen mirroring' dan navigasi.
Di bahagian suspensi, Morbidelli F252 menggunakan fork jenis terbaik (USD) depan dan penyerap
hentak belakang tunggal jenis Pro-Link dengan pelarasan pra-beban.
Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 300 mm (depan) dan cakera tunggal 240 mm (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran.
Info lain adalah seperti berikut:
Set roda 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang)
Tinggi pelana 790 mm
Tangki bahan api 15 liter
Lampu LED penuh
Port pengecas USB A/C
Suis keselamatan tongkat sisi
Berat kering 170 kg





