NICOLO Bulega Cipta 'Hatrik' Di Phillip Island

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/23/20253 min read

PELUMBA pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega melengkapkan kemenangan hatrik di Phillip Island, Australia apabila menjuarai Perlumbaan 2 WorldSBK, hari ini.

Selepas muncul naib juara dunia pada penampilannya sebagai 'rookie' di pentas WorldSBK, tahun lalu, pelumba kelahiran Itali itu menunjukkan mengapa kelibatnya musim ini 'merbahaya' menerusi hatrik pertama kariernya itu.

Memulakan perlumbaan di petak utama, juara WorldSSP 2023 itu melepasi garisan penamat dengan catatan 30 minit 55.414 saat (s).

Ia mengikuti kemenangan pada Perlumbaan 1, semalam dan Perlumbaan Superpole yang berlangsung lebih awal.

Melintasi garisan penamat 2.603s di belakang Bulega adalah rakan sepasukannya di Aruba.it Racing Ducati, Alvaro Bautista.

Dan Ducati turut menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan podium di Australia apabila Andrea Iannone (Pata Go Eleven Ducati) menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Malang buat penyandang juara dunia, Toprak Razgatlioglu yang memulakan perlumbaan di petak ke-10 selepas mengalami kemalangan pada Perlumbaan Superpole apabila dia sekali lagi dihimpit masalah jentera.

Pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK itu sebelum itu berdepan detik cemas apabila hampir merempuh beberapa pelumba di awal perlumbaan.

Selain kedudukan podium, Ducati turut mengisi kedudukan ke-4 hingga 6 menerusi Scott Redding, Danilo Petrucci dan Sam Lowes.

Pelumba bukan Ducati terbaik adalah Andrea Locatelli dari Yamaha yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 manakala pelumba Bimota, Alex Lowes ke-8.

Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Australia 2025

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4R, 30:55.414s

  2. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4R, +2.603s

  3. Andrea Iannone (ITA) Team Pata Go Eleven, Ducati Panigale V4R, +3.980s

  4. Scott Redding (GBR) MGM Bonovo Racing, Ducati Panigale V4R, +8.043s

  5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4R, +10.009s

  6. Sam Lowes (GBR) Elf Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4R, +10.097s

  7. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha, Yamaha R1, +11.083s

  8. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +11.180s

  9. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4R, +11.202s

  10. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +11.918s

  11. Xavi Vierge (ESP) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +18.472s

  12. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, Yamaha R1, +18.507s

  13. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, +25.853s

  14. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad WorldSBK, BMW M1000 RR, +25.891s

  15. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4R, +29.402s

  16. Bahattin Sofuoglu (TUR) Yamaha Motoxracing WorldSBK, Yamaha R1, +41.810s

  17. Tito Rabat (ESP) Yamaha Motoxracing WorldSBK, Yamaha R1, +43.805s

  18. Tetsuta Nagashima (JPN) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +51.209s

Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, Yamaha R1, DNF

Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad WorldSBK, BMW M1000 RR, DNF

Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK Australia 2025

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4R, 14'58.866

  2. Andrea Iannone (ITA) Team Pata Go Eleven, Ducati Panigale V4R, +2.324s

  3. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4R, +4.923s

  4. Scott Redding (GBR) MGM Bonovo Racing, Ducati Panigale V4R, +5.312s

  5. Sam Lowes (GBR) Elf Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4R, +5.452s

  6. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha, Yamaha R1, +6.891s

  7. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +7.267s

  8. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4R, +9.748s

  9. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +10.585s

  10. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, Yamaha R1, +10.924s

  11. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, Yamaha R1, +11.260s

  12. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad WorldSBK, BMW M1000 RR, +14.186s

  13. Xavi Vierge (ESP) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +14.260s

  14. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad WorldSBK, BMW M1000 RR, +14.330s

  15. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4R, +16.968s

  16. Tito Rabat (ESP) Yamaha Motoxracing WorldSBK, Yamaha R1, +21.796s

  17. Bahattin Sofuoglu (TUR) Yamaha Motoxracing WorldSBK, Yamaha R1, +27.062s

  18. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Honda Racing, Honda CBR1000RR-R, +42.505s

  19. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4R, +1'06.284s

Tetsuta Nagashima (JPN) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, DNF

Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, DNF