NICOLO Bulega Dah Beri Terbaik Nak Kalahkan Toprak Razgatlioglu Di Portimao

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/30/20251 min read

NICOLO Bulega menjelaskan dia sudah memberikan yang terbaik di Portimao disebalik tiga kekalahan kepada penyandang juara dunia WorldSBK, Toprak Razgatlioglu.

Selepas mengharungi minggu sempurna di Australia pada pusingan pembukaan dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan ditawarkan, pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati itu muncul naib juara dalam tiga perlumbaan di Portimao.

Tetapi disebalik kekalahan kepada Razgatlioglu, pelumba kelahiran Itali itu percaya dia sudah melakukan kemajuan di litar yang dianggap salah satu gelanggang kegemaran pelumba Turki itu.

"Saya tidak mampu lakukan lebih baik lagi daripada apa saya lakukan hari ini," kata Bulega selepas Perlumbaan 2," kata Bulega memetik laporan Crash.net.

"Saya gembira kerana ini adalah salah satu litar terbaik Toprak. Dia sentiasa amat, amat kuat di Portimao.

"Untuk dapat bertarung dengannya di sini adalah petunjuk yang bagus. Ia bermakna kami membuat kemajuan. Ini penting untuk keseluruhan musim."

Selain itu, Bulega berkata defisit besar yang berlaku ketika ujian rasmi di Portimao, dua minggu lalu turut menyusut ketika minggu perlumbaan malah perasaannya bersama jentera Ducati V4R juga meningkat.

"Dua minggu lalu, ketika latihan, saya tidak mendapat perasaan yang hebat di sini, tetapi kami membuat penambahbaikkan kepada jentera sepanjang minggu perlumbaan.

"Ducati dan pasukan saya sudah bekerja amat kuat dan saya gembira dengan kemajuan yang kami peroleh."