NICOLO Bulega Hatrik Di Cremona, 'Ahli' Podium Tak Berubah!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/4/20252 min read


PELUMBA Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega bangkit daripada kekecewaan di Assen, Belanda untuk merangkul hatrik kedua WorldSBK pada musim ini di Pusingan 4 Kejuaraan Superbika Dunia (WSBK) 2025 di Cremona, Itali.
Dan seperti Perlumbaan 1 dan Perlumbaan Superpole, pelumba tuan rumah itu melakukannya dengan bergaya apabila jelas tidak mampu dicabar termasuk penyandang juara dunia, Toprak Razgatlioglu.
Pelumba bintang Turki, Razgatlioglu turut terpaksa menerima hakikat pahit apabila menamatkan ketiga-tiga perlumbaan yang ditawarkan di Itali sebagai naib juara.
Menariknya, rakan sepasukan Bulega iaitu Alvaro Bautista turut meraih tempat ketiga dalam ketiga-tiga perlumbaan.
Pada Perlumbaan 2, pelumba ROKitT BMW Motorrad, Razgatlioglu berjaya memimpin perlumbaan di awal saingan tetapi ia hanya bertahan sehingga pusingan kelima.
Selepas dipintas, Razgatlioglu kemudian masih memberikan cabaran sengit kepada Bulega tetapi ia hanya bertahan sehingga 10 pusingan terakhir sebelum pelumba Itali itu mula menjarakkan dirinya.
Pada akhirnya, Bulega melepasi garisan penamat 1.8 saat di depan Razgatlioglu dengan Bautista melepasi garisan penamat 7.1 selepas pelumba BMW itu.
Pemenang tiga perlumbaan di Cremona musim lalu, Danilo Petrucci dari pasukan Barni Spark Racing turut memanfaat kelebihan memulakan perlumbaan di barisan kedua dengan menamatkan saingan di tempat ke-4.
Ia diikuti seorang lagi pelumba pasukan satelit Ducati, Sam Lowes (Marc VDS Racing Ducati) dengan tempat ke-6 dan ke-7 diisi dua pelumba Honda, Iker Lecuona dan Xavi Vierge.
Sementara itu, pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi dari pasukan PETRONAS MIE Honda Racing sekali lagi menamatkan perlumbaan tetapi di kedudukan ke-20.
Berikut adalah keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Itali 2025
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, 34m 13.292s
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +1.826s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +8.995s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +17.888s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4 R, +22.131s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +22.333s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +22.950s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +24.813s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +26.202s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +26.889s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +27.069s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, +29.127s
Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +30.880s
Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +31.586s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +32.225s
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +32.609s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +43.500s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +44.225s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +1:07.338s
Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, +1:18.660s
Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, DNF
Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, DNF
Gabriele Ruiu (ITA) Bmax, Ducati Panigale V4 R, DNF
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, DNF
