NICOLO Bulega Juara Dunia WorldSBK 2026
Pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega mengesahkan gelaran dunia WorldSBK pada Perlumbaan 2 Pusingan 10 WSBK 2026 di Cremona dan menamatkan ketiga-tiga perlumbaan di Itali sebagai naib juara
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/27/20261 min read


JAGUH Itali, Nicolo Bulega akhirnya dinobatkan sebagai juara dunia WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2026.
Pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati itu disahkan pada Perlumbaan 2 Pusingan 10 WSBK 2026 di Cremona, Itali meskipun Bulega menamatkan ketiga-tiga perlumbaan sebagai naib juara.
Rakan sepasukannya, Iker Lecuona merangkul ketiga-tiga kemenangan yang juga hatrik pertama kariernya.
Meskipun tidak berada di podium Cremona sebagai pemenang, apa yang dirangkul Bulega pada musim ini selepas 10 pusingan cukup menakjubkan iaitu 26 kemenangan dengan 30 penamat di atas podium.
Sebagai rekod, ini adalah gelara dunia ke-2 buat Bulega di pentas WSBK selepas turut bergelar juara dunia dalam kelas WorldSSP pada 2023.
Dan selepas dua musim berturut-turut (2024 dan 2025) terpaksa berpuas hati selaku naib juara di belakang bintang sensasi, Toprak Razgatlioglu, ketiadaan pelumba Turki itu pada grid 2026 membuka laluan buat Bulega untuk mendominasi kejuaraan.
Kecemerlangan Bulega pada 2026 turut membuka pintu buatnya melangkah ke pentas MotoGP bersama pasukan VR46 Ducati pada musim depan – pasukan yang sama ketika dia membuat penampilan sulungnya di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto3 pada 2016.
Selain beraksi di pentas WorldSBK, Bulega turut bergelar pelumba ujian terhadap Ducati Corse dan sibuk menguji jentera MotoGP spesifikasi baharu 850 cc Ducati pada musim ini.

