NICOLO Bulega Kekal Di WorldSBK Bersama Ducati, Sertai MotoGP 2027?
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/10/20251 min read


DUCATI berjaya mendapatkan tandatangan Nicolo Bulega sekali gus mengekalkan pendahulu WorldSBK itu bersama pengeluar Itali itu bagi musim 2026.
Bulega akan terus bersama pasukan 'kilang' Ducati di kejuaraan berkenaan - Aruba.it Racing Ducati dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) selepas bersetuju dengan lanjutan kontrak selama setahun.
Selepas mengharungi musim sulung yang mengagumkan pada 2024, pelumba kelahiran Itali itu meneruskan prestasi cemerlangnya pada musim ini.
Selepas lima pusingan, Bulega ketika ini mendahului kedudukan keseluruhan dalam carta kedudukan pelumba dengan kelebihan 34 mata dia atas pelumba BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu.
Bulega berkata kesinambungan bersama Ducati adalah langkah penting untuknya memberi tumpuan yang penuh kepada musim ioni.
“Saya sangat gembira untuk meneruskan kerjaya saya bersama Aruba.it Racing – Ducati. Kami sudah membina hubungan yang kukuh sejak awal dan mencapai keputusan yang penting. Menyambung projek ini memberikan saya kepuasan dan kebanggaan.”
Apa yang menarik. terma kontrak baharu ini juga merangkumi peranan sebagai pelumba ujian untuk jentera MotoGP Ducati, Desmosedici GP pada tahun 2026.
Perkembangan ini dilihat penting dan membuka ruang buat Bulega menyertai MotoGP apabila kejuaraan itu mengharungi perubahan peraturan pada 2027.
Dengan peraturan baharu bakal dilaksanakan pada musim 2027, Bulega dijangka akan menguji jentera prototaip Ducati yang menggunakan enjin 850 cc, tanpa perkakasan tinggi rendah dan tayar Pirelli.
Situasi itu juga turut dilihat mengecewakan BMW sekali pun dia dilaporakan dihulurkan dengan 'proposal kewangan yang menarik' untuk menyertai pasukan itu.
Difahamkan, tawaran BMW kepada Bulega adalah untuk menggantikan tempat pelumba bintangnya, Toprak Razgatlioglu yang dijangka beralih angin menyertai MotoGP bersama pasukan Pramac Yamaha musim depan.
