NICOLO Bulega Menang Perlumbaan 1 WorldSBK Itali, Zaqhwan P20!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/3/20252 min read

PELUMBA pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega menjuarai perlumbaan ke-5 miliknya pada musim ini selepas menakluk Perlumbaan 1 WorldSBK di Cremona, Itali yang pusingan ke-4 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim 2025.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat Bulega di Cremona dengan ketiga-tiga kemenangan pada musim lalu dibolot pelumba pasukan Barni Spark Racing, Danilo Petrucci.

Memulakan perlumbaan di petak utama, Bulega mendapat saingan sengit di awal saingan daripada pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu.

Begitupun, kekuatan jentera Ducati menyaksikan Bulega menjarakkan diri dengan Razgatlioglu yang kemudian terpaksa melepasi garisan penamatnya 2.8 saat di belakang.

Rakan sepasukan Bulega, ketiga dan ketinggalan 11 saat di belakang pemenang.

Turut terpisah hampir 11 saat di belakang Bautista adalah Andrea Iannone yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4.

Pelumba Honda, Xavi Vierge (Team HRC) menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 diikuti Remy Gardner (GYTR GRT Yamaha), Petrucci ke-7, Michael van der Mark (ROKiT BMW Motorrad) ke-8, Axel Bassani (Bimota by Kawasaki Racing Team) ke-9 dan Scott Redding (MGM Bonovo Ducati) melengkapkan kedudukan 10 terbaik.

Sedikit mengecewakan, pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi menamatkan perlumbaan di tempat ke-20.

Berikut adalah Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Cremona, Itali 2025

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R

  2. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +2.835s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +11.424s

  4. Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +23.247s

  5. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +23.778s

  6. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +24.115s

  7. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +24.757s

  8. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +25.229s

  9. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +25.461s

  10. Scott Redding (GBR) MGM Bonovo Ducati Panigale V4 R, +25.838s

  11. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +26.190s

  12. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +26.963s

  13. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +30.454s

  14. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +35.048s

  15. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +35.275s

  16. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +38.62s

  17. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +40.761s

  18. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +51.202s

  19. Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +54.558s

  20. Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +1:23.994s

Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, DNF

Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, DNF

Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF

Gabriele Ruiu (ITA) Bmax, Ducati Panigale V4 R, DNF