NICOLO Bulega Nafikan Hatrik Toprak Razgatlioglu
Pemburuan gelaran dunia WorldSBK menjadi lebih menarik dan diheret ke pusingan terakhir di Jerez. Sepanyol selepas pelumba Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega berjaya meraih kemenangan pada Perlumbaan 2 di Estoril
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/12/20252 min read


SELEPAS menjuarai Perlumbaan 1 dan Superpole, harapan Toprak Razgatlioglu untuk melakar hatrik di Estoril, Portugal pada Pusingan 11 WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 tidak kesampaian.
Ini kerana pada Perlumbaan 2, pencabar terdekatnya yang juga pelumba Itali, Nicolo Bulega berjaya meraih kemenangan sekali gus menyaksikan pemburuan gelaran dunia WorldSBK diheret ke pusingan terakhir di Jerez, Sepanyol, minggu depan.
Sekalipun bermula di petak utama, Razgatlioglu jatuh ke tangga kelima di permulaan perlumbaan. Dan sekali pun berjaya bangkit untuk berada di belakang Bulega, pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati itu sudah meraih kelebihan lebih daripada dua saat.
Dan sekali pun berusaha keras, Bulega kekal konsisten sekali gus menyaksikan Razgatlioglu dari pasukan ROKiT BMW Motorrad terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Melengkapkan kedudukan podium adalah rakan sepasukan Bulega, Alvaro Bautista tetapi melepasi garisan penamat lebih 10 saat di belakang Razgatlioglu.
Alex Lowes dari pasukan Bimota by KRT menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 diikuti pelumba Yamaha, Andrea Locatelli, Xavi Vierge (Honda HRC), Remy Gardner (GYTR GRT Yamaha), Axel Bassani (Bimota by KRT), Jonathan Rea (Pata Maxus Yamaha) dan rakan sepasukan Razgatlioglu, Michael van der Mark.
Pelumba Itali, Andrea Iannone pada satu ketika berada dalam kedudukan podium di awal perlumbaan tetapi berikutan kesilapan ketika memulakan perlumbaan, dia dikenakan dua penalti long lap.
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK WSBK 2025 Estoril, Portugal
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing, Ducati Panigale V4 R, Juara
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +4.868s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +15.331s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +17.333s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +20.567s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +22.205s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +23.634s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +24.480s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +26.080s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +29.579s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +29.707s
Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +31.657s
Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +35.666s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +38.164s
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +38.577s
Tito Rabat (ESP) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +39.119s
Tetsuta Nagashima (JPN) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +51.801s
Bobby Fong (USA) Attack Performance Yamaha, Yamaha R1, +1:07.588s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, DNF
Tarran Mackenzie (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, DNF
Ivo Lopes (POR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, DNF

