NICOLO Bulega Nafikan Hatrik Toprak Razgatlioglu Di Most
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/18/20253 min read


PELUMBA pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega menjuarai Perlumbaan 2 WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 yang sekali gus menafikan Toprak Razgatlioglu kejayaan hatrik di Most, Republik Czech.
Seperti Perlumbaan 1 dan Perlumbaan Superpole yang berjaya dimenangi Razgatlioglu, Bulega memperoleh permulaan yang baik dengan memintas pelumba ROKiT BMW Motorrad itu di awal perlumbaan.
Dan pelumba kelahiran Turki itu yang memulakan perlumbaan di petak utama sekali lagi terpaksa menghabiskan separuh daripada perlumbaan untuk mendapatkan kembali kedudukan pendahulu.
Berdasarkan catatan masa, Razgatlioglu jelas paling laju di sektor pertama tetapi Bulega lebih baik di sektor terakhir.
Justeru, penyandang juara dunia WorldSBK itu tidak mampu menjarakkan jurang lebih daripada 0.6 saat daripada Bulega.
Dan 'serangan' lewat pelumba Itali itu berjaya menghadiahkannya kemenangan dan hanya dibezakan 0.027 saat dengan Razgatlioglu di garisan penamat.
Pelumba pasukan satelit Barni Spark Racing Ducati, Danilo Petrucci melengkapkan kedudukan podium, namun ketinggalan 16 saat di belakang Razgatlioglu.
Tempat ke-4 menjadi milik Sam Lowes dari pasukan Marc VDS Racing Ducati diikuti pelumba terbaik Yamaha, Remy Gardner (GYTR GRT Yamaha), pelumba terbaik Bimota, Axel Bassani (Bimota by Kawasaki Racing) dengan Iker Lecuona muncul pelumba terbaik Honda (Team HRC) di tempat ke-7.
Podium Perlumbaan Superpole turut diisi muka sama menerusi Razgatlioglu sebagai pemenang, Bulega dan Petrucci di tempat ketiga.
Pada Perlumbaan Superpole, pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi dari pasukan PETRONAS MIE Honda menamatkan perlumbaan di tempat ke-22. Tetapi pada Perlumbaan 2, pelumba kelahiran Kajang itu tidak berjaya menamatkan perlumbaan.
Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK Most
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad), BMW M1000 RR - Juara
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +1.917s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +5.943s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +6.033s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +7.700s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +7.888s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +8.093s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +10.850s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +10.913s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +11.169s
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing Ducati Panigale V4 R, +12.592s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +14.112s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +14.184s
Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +14.897s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +15.165s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +15.260s
Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +16.482s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +17.456s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +17.623s
Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +23.070s
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +34.141s
Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +49.864s
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Most
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R - Juara
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +0.027s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +16.276s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +16.452s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +20.703s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +21.774s
Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +24.803s
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +26.083s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +26.094s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +26.705s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +29.617s
Scott Redding (GBR) MGM Bonovo Ducati Panigale V4 R, +30.086s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +33.045s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +33.387s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +34.001s
Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +37.819s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +37.990s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, DNF
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, DNF
Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, DNF
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF
Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF
