NICOLO Bulega Rangkul Hatrik Pusingan 1 WorldSBK Australia

Selepas menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK semalam dan perlumbaan Superpole pagi tadi, Bulega sekali lagi tampil dominan dalam Perlumbaan 2 yang berlangsung dalam keadaan litar basah di Phillip Island

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/22/20262 min read

PELUMBA Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega menguasai sepenuhnya hujung minggu Pusingan pembukaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2026 di Australia apabila gah merangkul kemenangan hatrik, hari ini.

Selepas menjuarai Perlumbaan 1 semalam dan perlumbaan Superpole pagi tadi, Bulega sekali lagi tampil dominan dalam Perlumbaan 2 yang berlangsung dalam keadaan litar basah di Phillip Island.

Keadaan hujan di Phillip Island jelas tidak menggugat naib juara dunia WorldSBK musim lalu itu dengan mempamerkan penguasaan penuh dari mula hingga garisan penamat dan menang dengan kelebihan lebih 11 saat.

Pencapaian itu turut mengulangi kejayaan yang diperolehnya tahun lalu sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pencabar utama gelaran musim ini.

Pelumba pasukan Bimota by Kawasaki Racing Team, Axel Bassani menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala bekas juara, Alvaro Bautista meraih podium pertama bersama Barni Ducati di tempat ketiga.

Bekas pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing Honda, Tarran Mackenzie mencatat keputusan terbaik kerjaya di tempat keempat sementara Andrea Locatelli melengkapkan kedudukan lima teratas.

Perlumbaan turut menyaksikan beberapa insiden kemalangan yang membabitkan Alex Lowes, Montella, Sam Lowes, Xavi Vierge dan Mattia Rato.

Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK 2026 Australia

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, Juara

  2. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota, +11.336s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +17.790s

  4. Tarran Mackenzie (GBR) MGM Optical Express Racing, Ducati Panigale V4 R, +28.356s

  5. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +30.966s

  6. Danilo Petrucci (ITA) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +31.901s

  7. Miguel Oliveira (POR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +32.135s

  8. Iker Lecuona (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +32.608s

  9. Lorenzo Baldassarri (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +33.241s

  10. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +48.734s

  11. Tetsuta Nagashima (JPN) Honda HRC Honda CBR1000RR-R, +52.224s

  12. Alberto Surra (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +58.908s

  13. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +1:06.503s

  14. Stefano Manzi (ITA) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +1:33.080s

  15. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing, Yamaha Yamaha R1, +1:40.750s

DNF Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimotas

DNF Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R

DNF Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R

DNF Ryan Vickers (GBR) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R

DNF Mattia Rato (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1

DNF Xavi Vierge (ESP) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1

Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK 2026 Australia

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, Juara

  2. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota, +2.752s

  3. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota, +3.563s

  4. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +3.585s

  5. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +3.985s

  6. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +4.250s

  7. Alvaro Bautista (ESP) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +5.118s

  8. Lorenzo Baldassarri (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +8.178s

  9. Iker Lecuona (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +9.291s

  10. Danilo Petrucci (ITA) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +9.512s

  11. Tarran Mackenzie (GBR) MGM Optical Express Racing, Ducati Panigale V4 R, +9.893s

  12. Alberto Surra (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +11.264s

  13. Stefano Manzi (ITA) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +14.366s

  14. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +14.565s

  15. Ryan Vickers (GBR) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +14.887s

  16. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +15.151s

  17. Tetsuta Nagashima (JPN) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +19.065s

  18. Miguel Oliveira (POR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +19.207s

  19. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +22.042s

  20. Mattia Rato (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +29.157s