NICOLO Bulega Tak Mampu Dikalahkan Di Assen

Dominasi Nicolo Bulega turut menyaksikan pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati itu menyamai rekod 13 kemenangan berturut-turut menyamai rekod yang dipegang oleh juara dunia tiga kali WorldSBK, Toprak Razgatlioglu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/19/20263 min read

PELUMBA pasukan kilang Ducati di WorldSBK, Nicolo Bulega terus mempamerkan kehebatannya apabila menyapu bersih ketiga-tiga perlumbaan yang ditawarkan di Pusingan 3 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2026 di Belanda dengan menjuarai Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2, hari ini.

Kemenangan itu turut menyaksikan pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati itu menyamai rekod 13 kemenangan berturut-turut menyamai rekod yang dipegang oleh juara dunia tiga kali WorldSBK, Toprak Razgatlioglu.

Selain menjuarai kesemua 9 perlumbaan yang ditawarkan pada musim ini, pelumba Itali itu turut menjuarai 4 perlumbaan terakhir pada musim lalu.

Memulakan perlumbaan di petak utama, Bulega pada awalnya berjaya dipintas oleh Sam Lowes (Marc VDS Ducati) dan rakan sepasukannya, Iker Lecuona tetapi kedudukan itu hanya bertahan sehingga pusingan ketiga.

Dan selepas meraih semula kedudukan pendahulu, Bulega jelas tidak mampu dicabar dan melepasi garisan penamat dengan kelebihan 2.7 saat (s) di depan Lecuona dan Lowes melengkapkan kedudukan podium.

Ironinya, kedudukan di podium tidak berubah sejak Perlumbaan 1 dan Perlumbaan Superpole dengan kejayaan itu membolehkan Bulega mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu kejuaraan dengan kelebihan 69 mata selepas tiga pusingan awal musim ini.

Selain itu, Perlumbaan 2 di Assen turut menyaksikan dominasi mutlak jentera Ducati dengan tiga lagi jentera pengeluar Itali itu turut diisi pelumba yang menggunakan jentera sama menerusi Alvaro Bautista (Barni Racing Ducati)ke-4, Yari Montella (ke-5) dan Lorenzo Baldassarri (Team Go Eleven Ducati) ke-6.

Pelumba Yamaha, Xavi Vierge muncul pelumba selain Ducati terbaik apabila menamatkan saingan di tempat ke-7 diikuti rakan sepasukannya Andrea Locatelli.

Pelumba BMW, Danilo Petrucci menamatkan saingan di tempat ke-9, menewaskan seorang lagi pelumba Ducati, Tarran Mackenzie di kedudukan ke-10.

Dalam pada itu, Alex Lowes (Bimota) yang dipercayai bergelut dengan masalah tayar pada lewat perlumbaan terpaksa akur di tempat ke-11, diikuti Miguel Oliveira (BMW) di tempat ke-12.

Pelumba veteran, Jonathan Rea (Honda HRC) terus suram apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19.

Menariknya seperti Perlumbaan 1, kesemua 22 pelumba yang berada di permulaan di Assen berjaya menamatkan saingan.

Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Belanda 2026

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, WIN

  2. Iker Lecuona (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +2.724s

  3. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +5.257s

  4. Alvaro Bautista (ESP) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +8.941s

  5. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +9.845s

  6. Lorenzo Baldassarri (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +12.872s

  7. Xavi Vierge (ESP) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +17.363s

  8. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +18.294s

  9. Danilo Petrucci (ITA) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +19.054s

  10. Tarran Mackenzie (GBR) MGM Optical Express Racing, Ducati Panigale V4 R, +21.924s

  11. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +22.304s

  12. Miguel Oliveira (POR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +24.570s

  13. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +25.291s

  14. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +25.391s

  15. Stefano Manzi (ITA) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +25.394s

  16. Tommy Bridewell (GBR) Superbike Advocates Racing, Ducati Panigale V4 R, +26.979s

  17. Alberto Surra (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +30.923s

  18. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +31.060s

  19. Jonathan Rea (GBR) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +36.230s

  20. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +38.452s

  21. Mattia Rato (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +49.397s

  22. Twan Smits (NED) Team Apreco, Yamaha R1, +56.266s

Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK Belanda 2026

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, WIN

  2. Iker Lecuona (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +1.742s

  3. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +2.632s

  4. Alvaro Bautista (ESP) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +6.219s

  5. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +6.373s

  6. Xavi Vierge (ESP) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +9.318s

  7. Danilo Petrucci (ITA) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +9.432s

  8. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +9.433s

  9. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +11.347s

  10. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +11.590s

  11. Miguel Oliveira (POR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +12.170s

  12. Alberto Surra (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +14.379s

  13. Lorenzo Baldassarri (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +15.384s

  14. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +15.429s

  15. Tommy Bridewell (GBR) Superbike Advocates Racing, Ducati Panigale V4 R, +16.749s

  16. Stefano Manzi (ITA) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +16.856s

  17. Jonathan Rea (GBR) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +18.759s

  18. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +21.090s

  19. Mattia Rato (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +25.517s

  20. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +25.532s

  21. Twan Smits (NED) Team Apreco, Yamaha R1, +27.932s

Tarran Mackenzie (GBR) MGM Optical Express Racing, Ducati Panigale V4 R, DNF