NICOLO Bulega Takluk Perlumbaan 1 WorldSBK Australia 2025

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/22/20252 min read

PELUMBA pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega membuka tirai Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 di Litar Phillip Island, Australia dengan menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK, hari ini.

Naib juara dunia WorldSBK musim lalu itu, yang menguasai hampir keseluruhan sesi ujian bebas dan Superpole tampil dengan prestasi cukup dominan selepas mencipta jurang sekitar 6 saat sebelum memasuki hentian pit mandatori pada pusingan ke-9.

Dan pelumba kelahiran Itali itu tampil konsisten dan melepasi garisan penamat 4.8 saat di depan pemenang dari pasukan ROKiT BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu.

Rakan sepasukan Bulega, Alvaro Bautista melengkapkan kedudukan podium.

Ducati turut menampilkan penguasaan apabila tiga pelumba pasukan satelitnyan diketuai Danilo Petrucci (Barni Spark Racing Ducati) mengisi kedudukan ke-4 hingga 6.

Bekas pelumba BMW Motorrad, Scott Redding yang kini menunggang jentera Ducati Panigale V4R bersama pasukan MGM Bonovo Ducati meraih tempat ke-5 diikuti Andrea Iannone (Go Eleven Ducati).

Yamaha mengisi tempat ke-7 menerusi pelumbanya, Andrea Locatelli (Pata Prometeon Yamaha) dengan dua pelumba pasukan Bimota by Kawasaki Racing, Alex Lowes dan Axel Bassani masing-masing di kedudukan ke-8 dan ke-9.

Pelumba terbaik Honda adalah Xavi Vierge (Team HRC) di kedudukan ke-11.

Berikut adalah keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK 2025 Australia

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4R, 31'11.497 saat (s)

  2. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, 4.811s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4R, 5.108s

  4. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4R, 6.813s

  5. Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, 6.986s

  6. Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4R, 7.548s

  7. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, 8.892s

  8. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, 9.588s

  9. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, 11.035s

  10. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4R, 13.429s

  11. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, 15.661s

  12. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, 18.039s

  13. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4R, 29.734s

  14. Tetsuta Nagashima (JPN) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, 42.501s

  15. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, 42.730s

  16. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, 55.663s

Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF

Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, DNF

Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4R, DNF

Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, DNF

Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, DNF