NICOLO Bulega Takluk Phillip Island
Pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega yang juga naib juara dunia WorldSBK musim lalu di belakang Toprak Razgatlioglu melepasi garisan penamat hampir lima saat di hadapan pencabar terdekatnya, Yari Montella
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/21/20262 min read


PELUMBA pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega tampil garang apabila menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) 2026 di Australia dengan cara cukup dominan, hari ini.
Bulega yang juga naib juara dunia WorldSBK musim lalu di belakang Toprak Razgatlioglu melepasi garisan penamat hampir lima saat di hadapan pencabar terdekatnya, Yari Montella.
Rakan senegara, Yari Montella (Barni Spark Racing Ducati) mengekalkan kedudukan kedua sejak awal perlumbaan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Melengkapkan kedudukan podium adalah Lorenzo Baldassarri (Team Go Eleven Ducati) yang juga podium pertamanya di pentas WorldSBK selepas kembali ke kejohanan itu selepas dua musim berehat.
Pelumba bukan Ducati terbaik menjadi milik Axel Bassani (Bimota by Kawasaki Racing Team) yang cuba mencabar di penghujung perlumbaan tetapi gagal menembusi menewaskan Baldassarri dan terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat keempat.
Pelumba Britain, Sam Lowes, yang bermula dari petak ketiga, terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat kelima selepas disaingi hebat Bassani.
Sementara itu, pendatang baharu Ducati yang juga rakan sepasukan Bulega, Iker Lecuona, bangkit dari permulaan di petak ke-13 untuk menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Perlumbaan turut menyaksikan beberapa insiden, termasuk kemalangan besar melibatkan Xavi Vierge di selekoh tiga, namun pelumba Sepanyol itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Bekas juara, Alvaro Bautista turut tersisih awal selepas terjatuh di pusingan kedua.
Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Australia 2026
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, Juara
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +4.776s
Lorenzo Baldassarri (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, +6.147s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +6.183s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +8.249s
Iker Lecuona (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +12.549s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +13.746s
Miguel Oliveira (POR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +20.610s
Alberto Surra (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +21.663s
Danilo Petrucci (ITA) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +22.250s
Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +22.267s
Tarran Mackenzie (GBR) MGM Optical Express Racing, Ducati Panigale V4 R, +22.724s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +30.799s
Tetsuta Nagashima (JPN) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +35.308s
Ryan Vickers (GBR) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +35.311s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +59.515s
Mattia Rato (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +1:14.921s
Xavi Vierge (ESP) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, DNF
Alvaro Bautista (ESP) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, DNF
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF
Stefano Manzi (ITA) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF

