NICOLO Bulega Terus Cipta Rekod

Pelumba kelahiran Itali, Nicolo Bulega terus mempamerkan dominasi apabila cemerlang mendahului perlumbaan dari garisan mula hingga ke kibaran bendera penamat dan melakar kemenangan sempurna untuk kemenangan ke-14 berturut-turutnya di WorldSBK

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/2/20262 min read

PELUMBA pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega terus mencipta sensasi apabila merangkul kemenangan ke-14 berturut-turut dengan menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK di Hungary, sekali gus melakar rekod baharu sejarah Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Pelumba kelahiran Itali itu mempamerkan dominasi apabila cemerlang mendahului perlumbaan dari garisan mula hingga ke kibaran bendera penamat dan melakar kemenangan sempurna 10 daripada 10 perlumbaan yang diharunginya pada musim ini.

Rakan sepasukannya, Iker Lecuona menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan kedudukan podium dilengkapkan oleh pelumba ROKiT BMW Motorrad, Miguel Oliveira.

Ducati turut menguasai tempat ke-4 dan ke-5 menerusi duo Barni Spark Racing Ducati, Yari Montella dan Alvaro Bautista diikuti Alex Lowes dari pasukan Bimota by Kawasaki Racing Team.

Andrea Locatelli muncul pelumba Yamaha terbaik apabila pelumba pasukan Pata Maxus Yamaha menamatkan perlumbaan ditempat ke-7.

Tiada jentera Honda berjaya meraih pungutan mata dengan bekas pelumba MotoGP, Somkiat Chantra (Honda HRC) terus bergelut dengan melepasi garisan penamat di tempat ke-19.

Sementara itu, Lorenzo Baldassarri menjadi satu-satunya pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan (DNF) selepas terjatuh di selekoh lapan pada awal saingan.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Hungary 2026

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, Menang

  2. Iker Lecuona (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +2.538s

  3. Miguel Oliveira (POR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +12.584s

  4. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +14.077s

  5. Alvaro Bautista (ESP) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +15.032s

  6. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +15.781s

  7. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +21.559s

  8. Alberto Surra (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +23.775s

  9. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +25.308s

  10. Xavi Vierge (ESP) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +28.578s

  11. Danilo Petrucci (ITA) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +28.543s

  12. Tarran Mackenzie (GBR) MGM Optical Express Racing, Ducati Panigale V4 R, +29.057s

  13. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +29.063s

  14. Tommy Bridewell (GBR) Superbike Advocates Racing, Ducati Panigale V4 R, +29.873s

  15. Stefano Manzi (ITA) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +31.917s

  16. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +34.722s

  17. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +37.186s

  18. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +52.606s

  19. Somkiat Chantra (THA) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +55.393s

  20. Mattia Rato (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +1:01.515s

  21. Yuki Kunii (JPN) Honda HRC, Honda CBR1000RR-R, +1:07.187s

Lorenzo Baldassarri (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, DNF