NICOLO Bulega Terus 'Mengganas' Di Phillip Island, Kekal Terpantas Hari Kedua Ujian

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/18/20252 min read

PELUMBA Aruba.it - Ducati, Nicolo Bulega meneruskan rentak positifnya ketika ujian pra-musim WSBK 2025 apabila mencatatkan masa terpantas pada hari terakhir di Phillip Island, Australia, hari ini.

Selepas menguasai hari pertama ujian semalam yang 'dihiasi' dengan beberapa siri kemalangan, naib juara dunia WorldSBK musim lalu itu melakukan catatan terpantas 1 minit 28.680 saat (s) pada sesi pagi.

Dan ia catatan terpantas pada hari berkenaan apabila hujan mulai turun di Phillip Island yang memberikan pelumba-pelumba peluang untuk menguji tayar basah.

Sekalipun hanya keluar pada lima minit sebelum ujian berakhir, Bulega tetap mencatatkan masa terpantas.

Penyandang juara dunia, Toprak Razgatlioglu dari pasukan ROKiT BMW Motorrad menamatkan ujian sebagai pelumba kedua terpantas pada sesi kedua.

Dan pelumba Pata Maxus Yamaha, Andrea Locatelli yang terpaksa 'bersendirian' selepas rakan sepasukannya, Jonathan Rea mengalami kecederaan susulan kemalangan, semalam mencatatkan masa ketiga terpantas diikuti Razgatlioglu.

Pada sesi pertama, dua bekas pelumba MotoGP, Andrea Iannone (Pata Go Eleven-Ducati) dan Danilo Petrucci (Barni Spark Racing-Ducati) melakukan catatan ke-12 dan ke-13 terpantas.

Apa yang menarik, berdasarkan ramalan cuaca, keadaan kekal kering pada Jumaat dan Sabtu tetapi hari Ahad peluang untuk hujan adalah 50 peratus.

Berikut adalah catatan sesi kedua ujian pra-musim WorldSBK 2025

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, 1:29.133s

  2. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, +0.114s

  3. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, +0.624s

  4. Andrea Iannone (ITA) Team Pata Go Eleven, +0.664s

  5. Alex Lowes (GBR) bimota by Kawasaki Racing, +0.675s

  6. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.it - Ducati, +0.684s

  7. Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing, +0.754s

  8. Axel Bassani (ITA) bimota by Kawasaki Racing, +0.778s

  9. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +0.862s

  10. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha, +1.328s

  11. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, +1.331s

  12. Michael Van Der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +1.370s

  13. Xavi Vierge (SPA) Honda HRC, +1.404s

  14. Scott Redding (GBR) MGM BONOVO Racing, +1.502s

  15. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Ducati, +1.547s

  16. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, +1.867s

  17. Iker Lecuona (SPA) Honda HRC, +3.230s

  18. Tito Rabat (SPA) Yamaha Motoxracing, +3.583s

  19. Tetsuta Nagashima (JPN) Honda HRC, +3.882s

  20. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki, +15.822s

Berikut adalah catatan sesi pertama ujian pra-musim WorldSBK 2025

  1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, 1:28.680s

  2. Andrea Iannone (ITA) Team Pata Go Eleven, +0.482s

  3. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +0.499s

  4. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, +0.701s

  5. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.it - Ducati, +0.797s

  6. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, +0.813s

  7. Alex Lowes (GBR) bimota by Kawasaki Racing, +0.854s

  8. Axel Bassani (ITA) bimota by Kawasaki Racing, +0.947s

  9. Xavi Vierge (SPA) Honda HRC, +1.132s

  10. Scott Redding (GBR) MGM BONOVO Racing, +1.182s

  11. Sam Lowes (GBR ELF Marc VDS Racing, +1.193s

  12. Michael Van Der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +1.268s

  13. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Ducati, +1.312s

  14. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, +1.463s

  15. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, +1.565s

  16. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki, +1.670s

  17. Tetsuta Nagashima (JPN) Honda HRC, +1.931s

  18. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha, +1.937s

  19. Tito Rabat (SPA) Yamaha Motoxracing, +1.958s

  20. Iker Lecuona (SPA) Honda HRC, +1.962s

  21. Bahattin Sofuoglu (TUR) Yamaha Motoxracing, +2.411s

  22. Tarran Mackenzie (GBR) PETRONAS MIE Honda Racing, +2.450s