NOTIS Panggilan Semula Yamaha MT-09, Tracer GT, 2,324 Unit Terkesan!

TERKINI

12/14/20231 min read

SEJUMLAH 2,324 Unit motosikal yang terdiri daripada model Yamaha MT-09 dan Tracer GT menerima 'Notis Panggilan Semula' daripada pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bulan lalu dan sebaran itu dipanjangkan semalam oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Daripada 2,324 Unit yang terkesan, 1,329 unit adalah dari model 'Naked' popular jenama itu iaitu Yamaha MT-09.

Dan bakinya adalah dari model 'Sport touring' Yamaha Tracer G9T yang membabitkan 995 unit motosikal.

Untuk model Yamaha MT-09, unit yang terkesan adalah membabitkan unit dengan nombor 'frame' seperti berikut:

  • PMYRN7510M0000011-M0000019 hingga PMYRN7510M0000101-M0001420

Manakala untuk model Yamaha Tracer 9GT adalah seperti berikut:

  • PMYRN7610M0000011-M000019 hingga PMYRN7610M0000101-P0001080

Menurut HLYM, notis panggilan semula itu tidak membabitkan kerosakan namun 'Kempen Modifikasi Factory'.

Aktiviti yang dijalankan pula adalah membabitkan Pemprograman Semula ECU (Version 2) dan Pemasangan Pelindung Penyambung Soket O2.

Seperti kebanyakan notis panggilan semula, segala kos pertukaran atau pemasangan dan baik pulih bagi model yang terlibat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya pihak pengeluar.

Kepada pemilik yang terbabit, mereka diminta untuk menghubungi Pengedar Rasmi Yamaha Big Bike atau ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor dengan melayari www.service.yamaha-motor.com.my/booking or Apps (Genblu rewards) untuk menetapkan temujanji.

HLYM dalam pada itu menyatakan tiada masalah untuk pemilik menunggang motosikal mereka dan mengikuti manual pemilik yang disediakan.