ONEDRY Jalin Kerjasama Strategik Dengan ZK Racing
Kerjasama strategik Onedry dan ZK Racing itu menandakan komitmen kedua-duanya terhadap pembangunan bakat tempatan khususnya dua pelumba muda berbakat Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Ramli
TERKINI
1/18/20261 min read


JENAMA kelengkapan menunggang terkemuka negara, Onedry hari ini melakar sejarah baharu apabila mengumumkan kerjasama strategik bersama pasukan pengurus pelumba terkenal, ZK Racing.
Langkah itu menandakan komitmen Onedry terhadap pembangunan bakat tempatan khususnya dua pelumba muda berbakat Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Ramli.
Seperti diketahui, kedua-dua pelumba yang berjaya mengharumkan nama negara menerusi pencapaiannya akan kembali mengibar cabara Jalur Gemilang di peringkat antarabangsa.
Hakim Danish akan beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto3 manakala Qabil Irfan akan beraksi di pentas Moto4 Asia Cup, kejuaraan yang dikenali sebelum ini Asia Talent Cup.
Pengurus Jenama Onedry, See Jia Jie Onedry berkata, kerjasama itu adalah bukti dedikasi syarikat itu dalam usaha pembangunan pelumba tempatan dan arena sukan permotoran negara.
"Di Onedry, kami percaya bahawa barisan juara dunia masa hadapan berada di sini, di Malaysia. Kerjasama kami dengan ZK Racing untuk menyokong Hakim Danish dan Qabil Irfan adalah bukti dedikasi kami terhadap kecemerlangan.
"Kami komited untuk menjadi tulang belakang kepada generasi juara Malaysia yang akan datang dalam melangkaui batas prestasi mereka,” katanya.
Zulfahmi dalam pada itu menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah tepat dalam memperkukuh pembangunan sukan permotoran negara.
"Kami di ZK Racing amat berbesar hati menerima jenama seperti Onedry tampil menyokong pelumba muda negara. Dengan sokongan seperti ini, saya percaya ia dapat membantu perjalanan karier Hakim Danish dan Qabil Irfan.
"Ini adalah salah satu contoh kerjasama yang akan membuka lebih banyak peluang untuk bakat tempatan bersinar. Dan menariknya, kerjasama ZK Racing dengan Onedry ini cukup pantas, hanya 10 minit ia sudah dimuktamadkan."
Selain menandatangani perjanjian, majlis turut menyaksikan pelancaran beberapa produk terbaharu Onedry yang direka khas untuk mereka yang mementingkan perlindungan dan gaya tanpa kompromi, antaranya:
Onedry Raincoat Ultra - standard baharu perlindungan kalis air untuk persekitaran ekstrem.
Onedry Boost 1.0 Backpack (30L) - beg galas kalis air berkapasiti tinggi untuk kegunaan lasak dan pengembaraan.
Onedry Boost 1.0 Waist Bag - beg pinggang fungsional dengan pilihan warna premium Hitam (Black) dan Kelabu (Stone Grey).
Waist Bag Lite - pilihan ringkas dan ringan untuk keperluan harian lebih praktikal.









