'PECCO Amat Bersemangat Tebus Duka 2024'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/15/20251 min read

DUCATI Lenovo menerusi kedua-dua pelumbanya dilihat sebagai calon utama untuk menjulang kejuaraan dunia MotoGP bagi musim 2025, kata legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi.

Selain anak didiknya Francesco Bagnaia, pasukan 'kilang' Ducati itu turut dibarisi juara dunia lapan kali, Marc Marquez pada musim ini.

Selepas menjuarai gelaran dunia MotoGP pada 2022 dan 2023, Bagnaia terlepas gelaran ketiganya kepada pelumba pasukan satelit Pramac Ducati, Jorge Martin tahun lalu.

Dan antara penyebabnya terhadap kegagalan itu adalah Bagnaia tidak memperoleh sebarang mata dalam lapan perlumbaan sekalipun menjuarai 11 perlumbaan utama.

Ketika ditemui dalam perlumbaan lasak '100Km of Champions' di Tavullia yang dianjurkan olehnya, legenda itu memberitahu Sky Sports Itali yang protogenya itu ketika ini cukup bersemangat untuk membalas kekalahannya musim lalu.

"Pelumba-pelumba pasukan 'kilang' Ducati adalah calon utama untuk kejuaraan," kata Rossi. "Bagnaia amat teruja kerana dia mahu menebus kekalahan dirinya pada tahun lalu.

"Jadi kita harap dia dapat memberikan lebih 5 peratus daripada usahanya."

Rossi yang turut mempunyai pasukan di MotoGP iaitu VR46 Ducati sebelum ini berkata dia akan memberikan lebih tumpuan kepada MotoGP pada musim ini.

Begitupun, dia akan terus menggelas tugas sebagai pelumba pasukan BMW pada musim ini.