PECCO Bagnaia Bukan 'Fotokopi' Valentino Rossi
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
1/25/20251 min read


BINTANG Ducati Lenovo yang juga dunia dua kali MotoGP, Francesco Bagnaia bukan 'fotokopi' mentornya Valentino Rossi.
Malah menurut bos Ducati Lenovo, Davide Tardozzi, pelumbanya itu tidak akan terpengaruh dengan juara dunia sembilan kali itu.
Seperti diketahui, Bagnaia menjadi graduan Akademi VR46 pertama menjuarai gelaran dunia MotoGP pada 2022.
Malah Pecco turut menjadi bintang utama pengeluar Itali itu selepas menjuarai gelaran dunia secara berturut-turut ketika kempen Rossi bersama Ducati berakhir mengecewakan.
Pada musim ini, cabaran Bagnaia makin besar apabila akan bergandingan juara dunia lapan kali, Marquez.
"Pecco adalah Pecco, dia bukan Valentino Rossi yang juga juara yang hebat, idola kepada saya juga," kata Tardozzi kepada GPOne.
"Tetapi Pecco mempunyai ideanya yang tersendiri. Saya percaya jika dia tidak bersetuju dengan Valentino, dia akan memberitahunya.
"Pecco mempunyai personalitinya yang tersendiri. Pecci adalah juara yang penting dan pada pandangan saya, akan menjadi lebih hebat.
"Saya tidak fikir dia adalah salinan kepada seseorang atau dia diuruskan oleh seseorang."
