PECCO Bagnaia Ceriakan Peminat Di Misano
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/21/20242 min read
FRANCESCO Bagnaia menceriakan peminatnya di Misano, Itali apabila menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix Emilia Romagna 2024, hari ini.
Kemenangan itu turut menyaksikan jurang antara pelumba Ducati Lenovo itu dengan pendahulu kejuaraan MotoGP, Jorge Martin terus dirapatkan kepada hanya empat mata.
Memulakan perlumbaan di petak utama, Bagnaia begitupun kehilangan posisi pendahulu di awal perlumbaan bukan saja kepada Martin, malah pelumba KTM Brad Binder.
Begitupun, penyandang juara dunia itu kembali merapatkan kedudukan dengan Martin sebelum memanfaatkan kesilapan pelumba Pramac Ducati itu ketika perlumbaan berbaki enam pusingan untuk memintas.
Dan Bagnaia tidak lagi menoleh ke belakang untuk membalas kekalahannya kepada Martin dua minggu lalu pada aksi pertama di Misano.
Rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini turut cuba memberikan saingan tetapi terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.
Juara perlumbaan MotoGP di Misano, dua minggu lalu menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat manakala pelumba 'rookie' MotoGP musim ini, Pedro Acosta di tempat kelima.
Pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo muncul pelumba terbaik pengeluar Jepun selepas melepasi garisan penamat di kedudukan ketujuh sekalipun terpaksa berlumba bersendirian selepas Alex Rins tak cergas untuk berlumba.
Pelumba terbaik Honda diraih adik kepada Valentino Rossi, Luca Marini tetapi di luar pungutan mata di tempat ke-16.
Apa yang menarik, tiada pelumba menamatkan Perlumbaan Sprint dengan status 'DNF' dengan pelumba Repsol Honda, Joan Mir menghuni kedudukan terakhir.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Emilia Romagna 2024
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 19m 50.237s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +0.285s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +1.319s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +5.386s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +6.580s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +8.143s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +8.405s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +8.965s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +9.271s
Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +9.538s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +11.542s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +12.049s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +16.566s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +19.411s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +20.101s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +20.598s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +20.742s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +14.819s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +25.394s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +25.431s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +27.208s