'PECCO' Bagnaia Garang Menang Perlumbaan Sprint, Marquez 'DNF'
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/29/20242 min read
FRANCESCO Bagnaia meneruskan dominasi di Grand Prix (GP) Belanda 2024 dengan merangkul kemenangan selesa Perlumbaan Sprint di Assen ketika rakan sepasukannya musim depan, Marc Marquez berdepan kemalangan.
Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo tampil garang di Assen selepas menguasai sesi latihan sejak Jumaat diikuti petak utama sebelum melengkapkannya dengan kemenangan di Perlumbaan Sprint.
Bermula di petak utama, pelumba kehiran Itali itu terus memimpin perlumbaan sejak awal dan melepasi garisan penamat sebagai juara.
Pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin begitupun jelas tidak ingin membiarkan Bagnaia atau lebih dikenali sebagai Pecco berada di kedudukan selesa dengan menamatkan aksi di kedudukan kedua.
Maverick Vinales dari pasukan Aprilia Racing melengkapkan kedudukan podium.
Masih segar dengan pengumuman menyertai pasukan 'kilang' Ducati Lenovo musim depan, Marquez berdepan situasi tidak diinginya apabila mengalami kemalangan.
Juara dunia lapan kali itu turut mengharungi situasi sama ketika kelayakan 2 yang menyaksikannya terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-7.
Tempat keempat diisi seorang lagi pelumba Ducati Lenovo, Enea Bastianini dengan Fabio Di Giannantonio dari pasukan VR46 Ducati muncul pelumba terbaik menggunakan jentera Ducati GP23 di tempat kelima.
Pelumba terbaik KTM diisi pelumba Afrika Selatan, Brad Binder di kedudukan keenam.
Dalam pada itu, Yamaha meneruskan kebangkitan apabila pelumbanya, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7 sekalipun bermula di petak ke-13.
Pelumba terbaik Honda diisi juara dunia 2020, Joan Mir di tangga ke-14 dengan Luca Marini terus kempunan untuk mengutip mata.
Berikut keputusan Perlumbaan Sprint GP Belanda 2024
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 19m 58.09s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +2.355s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +4.103s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +6.377s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +8.869s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +9.727s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +10.828s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +13.196s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +13.560s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +15.972s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +16.036s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +16.082s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +18.739s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +21.791s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +22.450s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +23.690s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +24.430s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +29.568s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +23.553s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), DNF
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), DNF