PECCO Bagnaia Juara GP Barcelona, Jorge Martin Juara Dunia MotoGP 2024
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/17/20242 min read


FRANCESCO Bagnaia melengkapkan kemenangan berganda pada perlumbaan terakhir musim MotoGP 2024 di Grand Prix Barcelona namun ia tidak menghalang Jorge Martin daripada dinobatkan sebagai juara dunia.
Kemenangan menyaksikan Martin daripada Pramac Ducati merangkul gelaran dunia pertama dalam kelas elit itu dan menjadi pelumba pasukan persendirian pertama menjuarai gelaran dunia dalam era moden.
Ketika kemenangan Bagnaia di Catalunya yang juga pelumba pasukan 'kilang' Ducati adalah yang ke-11 buatnya musim ini, Martin hanya memenangi tiga kemenangan dalam perlumbaan utama selain tujuh Perlumbaan Sprint.
Begitupun, konsistensi yang dimiliki pelumba Sepanyol itu sepanjang musim membenarkannya untuk mengatasi Bagnaia dalam carta kejuaraan.
Pada aksi mendebarkan di Catalunya, Bagnaia perlu memenangi perlumbaan sambil berharap Martin menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 ke bawah.
Tetapi situasi berkenaan jelas tidak berlaku dengan perlumbaan tampak sedikit membosankan dengan Martin hanya tampil sedikit agresif di awal perlumbaan sebelum mengambil keputusan untuk hanya melengkapkan tugasnya.
Dan kedudukan podium terakhir sudah cukup buatnya dengan pelumba Gresini Ducati, Marc Marquez mengisi kedudukan kedua.
Rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini pada satu ketika tampak bersedia untuk 'membantu' rakan sepasukannya tetapi tekanannya mengendur tatkala rakan baik Martin, Aleix Espargaro daripada Aprilia cuba mengurangkan tekanan dengan mengisi tempat keempat.
Pelumba Red Bull KTM, Brad Binder muncul pelumba terbaik KTM selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam dengan Bastianini ketujuh.
Rakan sepasukan Martin, Franco Morbidelli di kedudukan kelapan diikuti Marco Bezzecchi (VR46 Ducati) dengan 'rookie' tunggal MotoGP musim ini, Pedro Acosta (GasGas Tech3) melengkapkan kedudukan 10 terbaik.
Pelumba terbaik pengeluar Jepun sekali lagi diisi Fabio Quartararo dari Monster Yamaha dengan pelumba terbaik daripada Honda terus diisi pelumba pasukan satelitnya, Johann Zarco (LCR Honda) di kedudukan ke-14.
Satu-satunya pelumba yang menamatkan perlumbaan dengan status 'DNF' adalah pelumba Repsol Honda, Joan Mir.
Keputusan Perlumbaan MotoGP GP Barcelona 2024
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 40m 24.74s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +1.474s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +3.810s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +5.322s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +5.753s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +7.081s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +7.393s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +8.709s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +10.484s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +10.618s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +10.756s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +13.464s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +14.560s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +19.469s
Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +22.195s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +23.890s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +23.960s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +29.001s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +29.145s
Michele Pirro (ITA) VR46 Ducati (GP23), +37.295s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +39.138s
Stefan Bradl (GER) HRC Test Team (RC213V), +47.654s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF
