PECCO Bagnaia Juara Sprint Di Motegi
Jaguh Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia meneruskan kebangkitannya di Motegi selepas meraih petak utama dengan menjuarai Perlumbaan Sprint pertamanya pada musim ini
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/27/20251 min read


FRANCESCO Bagnaia meneruskan kebangkitannya apabila meraih kemenangan sulung dalam aksi Sprint musim ini di Grand Prix (GP) Jepun 2025 sekali gus meneruskan penguasaannya di litar Motegi.
Pelumba Ducati Lenovo itu yang memulakan perlumbaan dari petak utama dan tidak menoleh ke belakang untuk memimpin perlumbaan dari awal hingga ke garisan penamat.
Rakan sepasukan, Marc Marquez, turut mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas berjaya memintas Pedro Acosta dan Joan Mir di beberapa pusingan terakhir.
Kemenangan Bagnaia melengkapkan rekod lima kemenangan berturut-turut Ducati di Motegi sejak 2019, manakala Marquez kini semakin hampir untuk menamatkan penantian gelaran dunia MotoGP sejak kali terakhir bergelar juara pada 2019.
Marc kini hanya perlu mengatasi adiknya, Alex Marquez dengan kelebihan tiga mata pada perlumbaan GP ini untuk mengesahkan kejuaraan.
Perlumbaan turut menyaksikan insiden di selekoh pertama apabila pelumba Aprilia Racing, Jorge Martin hilang kawalan dan melanggar rakan sepasukan, Marco Bezzecchi.
Kedua-dua pelumba itu terpaksa dibantu keluar dari trek, dengan Martin dilihat memegang bahu dalam kesakitan.
Beberapa pelumba lain seperti Alex Rins, Johann Zarco dan Jack Miller turut terjejas namun berjaya meneruskan perlumbaan.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Jepun 2025
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo, 20m 59.113s
Marc Marquez (ESP) Ducati Lenovo, +1.842s
Pedro Acosta (ESP) Red Bull KTM, +3.674s
Joan Mir (ESP) Honda HRC Castrol, +4.300s
Franco Morbidelli (ITA) VR46 Ducati, +5.130s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha, +8.913s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol, +9.102s
Raul Fernandez (ESP) Trackhouse Aprilia, +10.334s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia, +10.480s
Alex Marquez (ESP) Gresini Ducati, +11.487s
Fermin Aldeguer (ESP) BK8 Gresini Ducati, +13.492s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM, +13.823s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati, +15.425s
Takaaki Nakagami (JPN) Idemitsu Honda LCR, +16.352s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha, +18.211s
Maverick Vinales (ESP) Red Bull KTM Tech3, +20.706s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR, +21.883s
Alex Rins (ESP) Monster Yamaha, +43.428s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha, DNF
Johann Zarco (FRA) Castrol LCR Honda, DNF
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3, DNF
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing, DNF
Jorge Martin (ESP) Aprilia Racing, DNF
