PECCO Bagnaia Sambar Petak Utama GP Jepun 2025
Petak utama di GP Jepun adalah yang kedua buat Francesco Bagnaia dari Ducati Lenovo pada musim ini mengikuti petak utamanya di Brno dan lebih menarik merekodkan catatan baharu terpantas di Motegi 1 minit 42.911 saat (s)
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/27/20252 min read


FRANCESCO Bagnaia meneruskan kebangkitannya apabila merangkul petak utama MotoGP Grand Prix (GP) Jepun 2025 dengan memecahkan rekod terpantas di Motegi, hari ini.
Ia adalah petak utama kedua pelumba Ducati Lenovo itu pada musim ini mengikuti petak utama di Brno dengan catatan baharu 1 minit 42.911 saat (s) dalam sesi Kelayakan yang berlangsung penuh menghiburkan dan drama.
Turut mencipta kebangkitan adalah pelumba 'tuan rumah' Honda HRC, Joan Mir yang meraih barisan depan pertamanya tahun ini.
Pelumba yang di ambang untuk mengesahkan gelaran dunia MotoGP ke-7, Marc Marquez yang juga rakan sepasukan Bagnaia melengkapkan barisan depan.
Pelumba bintan Red Bull KTM, Pedro Acosta turut melakukan magis apabila mengatasi isu teknikal yang dihadapi jenteranya di awal sesi untuk mencatatkan masa ke-4 terpantas sekali gus mengetuai barisan kedua.
Catatan terpantas dilakukan pelumba Sepanyol itu dibuat selepas dia hanya mempunyai beberapa saat sebelum sesi berakhir.
Mengikutinya di barisan kedua adalah pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo dan pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli.
Catatan terpantas sesi Kelayakan GP Jepun 2025
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), 1'42.911s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.092s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), +0.132s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.158s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.244s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +0.259s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.348s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +0.360s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +0.412s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +0.442s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +0.631s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +0.660s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, 1'43.429s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1'43.450s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, 1'43.454s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1'43.551s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), 1'43.587s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), 1'43.694s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1'43.918s
Takaaki Nakagami (JPN) Idemitsu Honda LCR (RC213V), 1'44.082s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), 1'44.178s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, 1'44.192s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), 1'44.710s
