PECCO Bagnaia Tahu Semua Rahsia Ducati GP - Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/8/20241 min read

MARC Marquez berkata rakan sepasukannya di Ducati Lenovo tahun depan, Francesco Bagnaia mengetahui segala 'rahsia' mengenai jentera Ducati Desmosedici GP.

Marquez yang meninggalkan kontrak mewah untuk menyertai pasukan Gresini Ducati musim ini tampil dengan prestasi cukup memberangsangkan sekalipun dia baru mula menunggang jentera Desmosedici GP versi 2023.

Malah pelumba kelahiran Sepanyol yang juga juara dunia lapan kali itu langsung tidak nampak seperti 'Rookie' di Ducati selepas turut meraih tiga kemenangan dalam perlumbaan utama.

Sekalipun posisi ke pasukan 'kilang' Ducati Lenovo disahkan sebelum kemenangan itu diraih selain turut menyaksikan pendahulu kejuaraan musim ini, Jorge Martin tersisih, Marquez terus membuktikan dia layak mengisi kedudukan berkenaan.

"Saya mahu menang, dan jika saya mahu menang saya memerlukan jentera yang betul, hanya untuk mendapat peluang," kata Marquez memetik laporan TNT Sports. "Dan kemudian, sudah tentu kamu memerlukan keberanian untuk melakukannya.

"Saya akan bersaing dengan rakan sepasukan yang juga juara dunia dan sudah menunggang jentera Ducati selama enam tahun," kata Marquez.

"Dia (Bagnaia) tahu secara rahsia jentera.

"Tetapi kamu perlu mencubanya. Saya tidak mahu bersara dan kemudian berfikir di masa depan 'mungkin...'".

Marquez ketika ini sedang menghuni tangga ketiga keseluruhan MotoGP di belakang Bagnaia dan Martin tetapi hanya dibezakan satu mata dengan pelumba tempat keempat, Enea Bastianini dari Ducati Lenovo.