PECCO Bagnaia Tekad Tak Mahu Buat Silap
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/15/20251 min read


FRANCESCO Bagnaia akur dia tidak lagi boleh melakukan 'kesilapan' seandainya berhasrat untuk mencabar posisi sebagai pemenang.
Juara dunia dua kali MotoGP itu dilihat berpotensi tampil dengan prestasi hebat di Grand Prix Qatar tatkala rakan sepasukannya di Ducati Lenovo dijangka berdepan kesukaran.
Tetapi sebaliknya berlaku apabila Bagnaia menamatkan perlumbaan GP di kedudukan ketiga dan Sprint di tempat ke-8 pada saingan yang didominasi Marquez.
Bagnaia begitupun 'dinaikkan pangkat' ke tempat kedua selepas penalti yang dikenakan kepada Maverick Vinales yang memberikan Ducati Lenovo kemenangan 1,2 pertama musim ini.
Pelumba Itali itu menjelaskan, insiden yang berlaku ketika kelayakan yang berpunca daripada isu keseimbangan memaksanya memulakan perlumbaan di petak ke-11 dilihat antara punca dia bergelut.
Justeru katanya, adalah mustahil untuk dia bersaing merebut kedudukan podium sekiranya terus melakukan 'kesilapan' yang sama.
Malah, Bagnaia turut percaya jika kelayakan lebih baik diperoleh, peminat boleh melihatnya mempunyai lebih peluang ketika bersaing dengan Marquez.
"Pertama sekali, saya tidak boleh melakukan kesilapan seperti saya lakukan ketika kelayakan kerana saya tidak boleh memulakan perlumbaan di barisan ke-4," kata Bagnaia kepada TNT Sport.
"Yang maksimum adalah kedua dan ia sudah pun keputusan yang buruk. Jadi, ini adalah perkara pertama yang perlu dipertingkatkan, jangan buat sebarang kesilapan disebabkan keinginan yang melampau.
"Kemudian seterusnya adalah untuk memahami apa yang perlu dibuat pada Perlumbaan Sprint kerana tidak mustahil untuk kami kehilangan masa dan tidak mempunyai peluang yang sama pada perlumbaan Ahad untuk mencipta peluang untuk memintas," katanya.
