PECCO Belum '100 Peratus' Cergas Bagi Aksi Misano
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/6/20241 min read


PECCO Bagnaia mengakui pergerakannya masih tidak 'normal' susulan kemalangan yang dihadapinya ketika Grand Prix Aragon minggu lalu.
Akibat kemalangan dengan pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez itu, Bagnaia yang juga pelumba Ducati Lenovo ketinggalan makin jauh 23 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Jorge Martin.
Sekalipun disahkan tidak mengalami kecederaan serius daripada kecederaan berkenaan, pelumba kelahiran Itali itu menjelaskan kecergasannya masih belum di tahap 100 peratus menuju aksi di Misano, minggu ini.
"Saya merasakan yang saya tidak boleh menggerakkan badan saya seperti yang saya mahu," kata juara dunia MotoGP dua kali itu memetik laporan Crash.net.
"Tetapi ia adalah normal. Impak (kemalangan) itu besar dan 170 kg beban berada di atas bahu saya. Dan hentakan ke batuan kerikil juga agak kuat.
"Nasib baik saya tidak mengalami sebarang kecederaan patah tulang, tetapi otot dan ligamen sedikit teruk."
"Secara fizikal, saya tidak 100 peratus. Saya masih merasai kesakitan yang teruk di bahagian bahu, tulang selangka, leher. Tetapi walau apapun kami akan cuba untuk bersedia.
"Ia adalah Grand Prix di laman sendiri dan sentiasa menakjubkan berlumba di depan kesemua penonton di sonio.
"Saya melakukan beberapa juta kilometer setiap tahun di sini, jadi saya boleh bersedia dalam apa juga keadaan."
