PEDRO Acosta Akan Menang Perlumbaan MotoGP Musim Ini - Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/30/20241 min read

MARC Marquez jelas memandang tinggi kemampuan yang dimiliki pelumba 'Rookie' MotoGP musim ini, Pedro Acosta - pelumba yang 'menewaskannya' di GP Portugal, minggu lalu.

Beraksi bersama pasukan satelit KTM, GasGas Tech3, Acosta berjaya meraih podium pertamanya di MotoGP di Portimao pada penampilan keduanya di kejuaraan elit itu.

Justeru bagi Marquez, pelumba kelahiran Sepanyol itu hanya menunggu masa untuk memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini.

"Bagus untuk mengikutinya kerana dia menunggang dengan cara sebagai seorang 'rookie' (bebas)," kata Marquez yang seperti penyandang juara, Francesco Bagnaia dipintas Acosta dalam usahanya meraih tempat ketiga di Portugal.

"Saya tidak mahu berkata ia adalah 'tak sedarkan diri' tetapi dia menunggang menggunakan buru litar, menggunakan banyak tayar (cengkaman)... dan dia mengharungi perlumbaan yang menakjubkan. Dia amat laju.

"Saya sudah pun berkata sebelum perlumbaan di Qatar, dia akan meraih podium, kemenangan pada tahun ini dan ayuh kita lihat jika dia boleh terus bersaing merebut kejuaraan."

Sebagai rekod, juara dunia MotoGP enam kali, Marquez, 31 tahun merangkul gelaran dunia MotoGP pertamanya pada penampilan sulungnya di MotoGP pada 2013.

"Dia (Acosta) sudah pun nama besar di kejuaraan ini dalam kategori sebelumnya dan dia akan menjadi salah seorang nama besar, masa depan dan ketika ini. Tunggangannya amat bagus," kata Marquez.