PEDRO Acosta Akui KTM Masih Dihantui Masalah Sama
Menuju saingan di Balaton Park, Hungary, hujung minggu ini, Acosta yang juga pelumba terbaik KTM mengumpul mata yang sama dengan dua pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli dan Fabio di Giannantonio dengan 144 mata
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/19/20251 min read


SELEPAS meraih podium pada Perlumbaan Sprint di GP Austria 2025, jaguh KTM, Pedro Acosta hampir mengulangi kejayaan sama pada perlumbaan utama tetapi terpaksa berpuas hati di tempat ke-4.
Pelumba kelahiran Sepanyol itu menduduki kedudukan ketiga agak lama sehingga 10 pusingan terakhir sebelum dipintas pelumba rookie Gresini Ducati, Fermin Aldeguer.
Dan kedudukan itu kekal sehingga perlumbaan berakhir dengan Acosta melepasi garisan penamat 3.4 saat di belakang Marco Bezzecchi (Aprilia) dan dua saat di depan pelumba Tech3 KTM, Enea Bastianini.
Acosta menggunakan aero baharu pada jentera KTM RC16 dan sekali pun memuji komponen baharu itu, masalah sama yang melanda pasukan itu tetap ada.
"Kami memberi tekanan sehingga kami memusnahkan tayar depan," kata Acosta. "Kami mengharungi banyak peringkatan dari sudut pengurusan tayar depan, tetapi pada akhirnya kami masih memaksa tayar depan lebih daripada yang lain untuk mengambil selekoh.
"Ia tidak mudah tetapi kami perlu gembira. Kami berada di kedudukan lima terbaik sepanjang minggu. Kami mendapat langkah yang besar dengan masa perlumbaan dan potensi kami di sini. Ia seperti 30 saat daripada tahun lalu dan pada tahun ini hanya 7 saat.
"KTM masih mempunyai sesuatu dalam poket mereka. Benar ia tidak banyak bagi tahun ini, tetapi kami masih belajar.
"Kami amat pantas di Brno, yang memiliki susun atur litar yang berbeza dan di sini di mana KTM kebiasaannya akan bergelut tetapi kami benar-benar hampir untuk mendapat podium."
Menuju saingan di Balaton Park, Hungary, hujung minggu ini, Acosta yang juga pelumba terbaik KTM mengumpul mata yang sama dengan dua pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli dan Fabio di Giannantonio dengan 144 mata.
