PEDRO Acosta Akui Lebih Mudah Nak Laju Dengan KTM RC16 2025

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/14/20251 min read

KTM disifatkan melengkapkan ujian pra-musim MotoGP 2025 dengan nada positif, kata pelumba bintangnya, Pedro Acosta.

Seperti diketahui, syarikat induk kepada pasukan itu, KTM sejak beberapa bulan lalu berdepat kemelut kewangan cukup meruncing.

Tetapi ia dikatakan tidak akan 'merencatkan' program MotoGP dan jaminan sudah pun diberikan syarikat pengeluar motosikal gergasi Austria itu namun hanya untuk musim 2025.

Di Buriram, Thailand, KTM RC16 meneruskan pembangunan membabitkan keempat-empat pelumbanya dan paling menyinar adalah Acosta yang menamatkan ujian sebagai pelumba ke-4 terpantas.

"Kami perlu gembira," kata Acosta. "Sekali lagi kami mencuba pelbagai perkara dan kami mendapatkan kelajuan yang agak pantas.

"Ia musim pra-musim yang baik untuk saya dan juga untuk KTM kerana keempat-empat kami berfikir perkara yang sama, dan jentera sudah pun bertambah baik berbanding tahun lalu.

"Kami lebih laju dan lebih mudah untuk saya pergi lebih laju. Kami perlu tenang dan lihat bagaimana kami memulakan musim di sini."

Tetapi selain Acosta, tiga lagi pelumba KTM termasuk rakan sepasukannya Brad Binder tidak memperoleh ujina begitu mengujakan.

Pelumba paling senior KTM, Binder menamatkan ujian di Buriram dengan melakukan catatan ke-9 terpantas manakala dua lagi pelumba KTM Tech3, Maverick Vinales di kedudukan ke-16 dan Enea Bastianini di tpat ke-18 terpantas.