PEDRO Acosta Akui Tak Mampu Kalahkan Maverick Vinales Di COTA

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/16/20241 min read

PELUMBA 'Rookie' sensasi MotoGP, Pedro Acosta mengakui sudah berusaha sehabis baik untuk mengekang Maverick Vinales daripada memintasnya ketika perlumbaan di COTA namun tak berjaya.

Acosta yang juga pelumba pasukan satelit KTM, Red Bull GasGas Tech3 berjaya memimpin perlumbaan di Austin, Texas sebanyak dua kali namun terpaksa berpuas hati menamatkan aksi selaku naib juara di belakang pemenang, Vinales.

Apa yang mengagumkan, pelumba Aprilia, Vinales yang memulakan perlumbaan di petak utama terpaksa bekerja keras selepas 'tergelincir' ke kedudukan ke-11 di awal saingan sebelum bangkit.

Dan selepas kembali memimpin perlumbaan, Vinales tidak lagi memberi peluang kepada pencabarnya untuk memintas terutama Acosta.

"Tiada siapa ketika ini dapat mengejarnya (Vinales)," kata Acosta. "Kamu boleh melihat kelajuannya. Juga, apabila saya melihatnya semalam (pagi Ahad), kelajuan yang dia miliki ketika Sprint adalah seperti di dunia lain.

"Hari ini (semalam) saya cuba dan apabila dia ingin memintas saya, saya cuba menghalangnya.

"Tetapi ia terlaku sukar dan saya bercakap dengannya dan dia berkata apabila dia memintas saya, saya cuba menekan brek dengan lebih kuat ketika selekoh 12.

"Mustahil untuk melepasinya. Ia bukan hari saya."

Acosta yang meraih podium keduanya selepas tiga pusingan MotoGP berlangsung berkata dia ketika ini memberikan fokus kepada skil tunggangannya berbanding jentera termasuk pengurusan tayar ketika perlumbaan.