PEDRO Acosta 'Dalam Prestasi Terbaik'
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/2/20241 min read


PELUMBA 'Rookie' sensasi MotoGP, Pedro Acosta masih belum menaiki podium sebagai juara setakat ini tetapi melepasi garisan penamat 1.4 saat di belakang Jorge Martin di Indonesia membuktikan jaguh GASGAS Tech3 makin menghampiri kejayaan itu.
Berikutan prestasi cemerlang yang ditampilkan di Mandalikan, pengurus pasukannya, Nicolas Goyon berkata pelumbanya itu sedang berada di 'prestasi terbaik' menuju GP Jepun, minggu ini.
Seperti diketahui, Motegi terkenal sebagai litar yang memiliki karakter membrek kuat, karakter yang cukup serasi dengan jentera KTM RC16 selain Acosta.
"Kami mempunyai masa untuk pulih daripada emosi kami dan kedudukan ke-2 epik Pedro Acosta di Indonesia," kata Goyon memetik laporan Crash.net.
"Perlumbaan terakhir daripada tiga 'tripleheader' berlangsung di litar Motegi yang ikonik, susun atur yang sangat tidak tipikal dan terkenal dengan karakter 'stop-go' dan satu-satunya litar yang dihomologasi untuk brek trebesar yang tersedia daripada Brembo.
"Menghentikan jentera di sini adalah cabaran kepada badan, juga kepada jentera, tetapi ia adalah salah satu karakter terkuat jentera kami, yang memperoleh beberapa keputusan baik sebelum ini.
"Pedro Acosta ketika ini berada dalam prestasi istimewanya, saya yakin dia akan mencari jalan untuk litar ini untuk mengekalkan momentumnya, dan kami tidak sabar untuk melihatnya kembali ke litar."
Acosta yang terselamat daripada dikenakan penalti di Mandalika mengakui keputusan yang diperoleh membuktikan mereka mampu mencabar posisi juara.
"Saya fikir Jepun adalah litar yang baik untuk kami, saya sentiasa kompetitif di Motegi dalam Moto2, dan jentera kami sepatutnya berfungsi dengan baik di litar ini jika melihat kepada keputusan musim lalu," kata Acosta.
"Persaan kami baik dan yakin selepas keputusan yang hebat di Mandalika, jadi kami berharap untuk momentum itu diteruskan, cuba menjadi kompetitif pada Jumaat dan kemudian lihat di mana peluang kami."
