PEDRO Acosta Ketuai Senarai Terus Ke Q2, Pecco Sangkut!
Selepas cemerlang meraih tempat ke-2 di Balaton Park pada perlumbaa GP musim lalu, Pedro Acosta membawa momentum itu musim ini apabila mencatatkan masa terpantas ketika sesi berbaki lebih setengah jam
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/5/20261 min read


PELUMBA bintang Red Bull KTM, Pedro Acosta membuktikan kualitinya apabila mengungguli sesi Latihan MotoGP Grand Prix (GP) Hungary 2026 sekali gus mengetuai senarai 10 pelumba layak terus ke Kelayakan 2 (Q2), esok.
Begitupun, senarai itu kali ini tidak membabitkan pelumba Ducati Lenovo, Pecco Bagnaia.
Selepas cemerlang meraih tempat ke-2 di Balaton Park pada musim lalu, Acosta membawa momentum itu musim ini apabila mencatatkan masa terpantas ketika sesi berbaki lebih setengah jam.
Pelumba kelahiran Sepanyol itu terus memperbaiki penanda aras catatan masanya sebelum merekodkan pusingan yang meranapkan harapan pelumba lain dengan masa 1 minit 36.827 saat (s) pada lewat sesi.
Dan catatan itu jelas sukar dipadamkan pelumba lain dengan bintang VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio yang mencatatkan masa ke-2 terpantas kelebihan 0.413s.
Raul Fernandez dari Trackhouse Aprilia mencatatkan masa ke-3 terpantas dengan rakan sepasukannya, Ai Ogura turut mempamerkan aksi memberangsangkan dengan melakukan catatan ke-5 terpantas.
Catatan ke-4 terpantas dilakukan pelumba Gresini Ducati, Fermin Aldeguer.
Pendahulu kejuaraan dunia, Marco Bezzecchi dari Aprilia melakukan catatan ke-6 terpantas diikuti juara dunia 9 kali, Marc Marquez ke-7 terpantas.
Pelumba terakhir yang meletakkan diri secara terus ke Q2 adalah rakan sepasukan Bezzecchi, Jorge Martin.

