'PEDRO Acosta 'Lega' Selepas Lawat 'HQ' KTM'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/21/20241 min read

PEDRO Acosta menjelaskan perasaannya 'lega' selepas membuat kunjungan ke ibu pejabat pengeluar motosikal Austria, KTM.

Begitupun, kenyataan itu bukan keluar daripada mulut pelumba muda kelahiran Sepanyol itu sendiri, tetapi menurut pengurusnya, Albert Valera memetik laporan Motorsport.com.

Acosta 'terbang' ke Mattighofen, Austria minggu ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut adakah situasi kewangan meruncing KTM akan 'mengganggu' program MotoGP jenama itu.

Berdasarkan laporan terbaharu, pengeluar itu dikatakan akan melepaskan lebih daripada 800 pekerjanya sebelum tahun ini berakhir.

Perjumpaan Acosta bersama pengurusnya turut disertai 'bos-bos' di KTM Factory Racing termasuk Pit Beirer.

Dan jawapan yang diberikan oleh KTM dikatakan menghilangkan rasa bimbang juara dunia Moto2 pada tahun 2023 itu.

"Pedro dan saya berpeluang untuk pergi ke Austria untuk melihat sendiri situasi sebenar projek KTM di MotoGP," kata Valera. "Disebalik situasi yang rumit yang syarikat sedang harungi, perasaannya adalah positif.

"Kami diberitahu banyak kali yang perlumbaan adalah intipati kepada KTM, yang mereka akan terus bekerja dengan objektif utama menjuarai gelaran.

"Pedro komited dengan projek yang merasa lebih lega dan yakin selepas perjumpaan."

Sebelum perjumpaan itu, Valera sebelum ini pernah mendedahkan pelumba muda itu bimbang dengan situasi yang sedang melanda KTM.