PEDRO Acosta Raih Petak Utama GP Jepun 2024
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/5/20241 min read
PELUMBA 'Rookie' sensasi MotoGP musim ini, Pedro Acosta meraih petak pertama kariernya dalam kelas elit itu selepas mengungguli sesi kelayakan Grand Prix (GP) Jepun 2024 di Motegi, hari ini.
Mengikuti pelumba pasukan Red Bull GASGAS Tech3 itu di barisan depan adalah penyandang juara daripada Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia.
Aksi di Jepun turut menyaksikan tiga pengeluar berbeza melengkapkan barisan depan menerusi kehadiran pelumba Aprilia, Maverick Vinales.
Juara dunia lapan kali, Marc Marquez berdepan kekecewaan apabila catatan memecah rekod pelumba Gresini Ducati itu dibatalkan susulan pelanggaran 'track limit' sekaligus terpaksa memulakan aksi di petrak ke-9.
Malang turut menimpa pendahulu kejuaraan, Jorge Martin yang terjatuh sekaligus terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-11.
Pelumba terbaik pengeluar Jepun diisi Fabio Quartararo (Monster Yamaha) di petak ke-12.
Berikut adalah sesi kelayakan GP Jepun 2024
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24)
Maverick Viñales (SPA) Aprilia Factory (RS-GP24)
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24)
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16)
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24)
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23)
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23)
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23)
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23)
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24)
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1)
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24)
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16)
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Factory (RS-GP24)
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V)
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V)
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1)
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V)
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V)
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP24)
Remy Gardner (AUS) Monster Yamaha (YZR-M1)