Bos Trackhouse Aprilia, Davide Brivio mengakui bukan mustahil untuk Jorge Martin mengikuti jejak langkah legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi.
Rossi meninggalkan Honda selepas menjuarai gelaran dunia pada 2003 untuk menyertai Yamaha pada tahun berikutnya dan mengekalkan kejuaraannya bersama pengeluar berbeza.
Martin pula menjulang gelaran dunia pada 2024 bersama Ducati dan berpindah untuk menyertai Aprilia pada 2025.
Memetik laporan GPOne, Brivio yang menjadi antara individu penting membawa Rossi ke Yamaha berkata dia tidak nampak kenapa kejayaan yang dibuat pelumba Itali tidak boleh diulang Martin.
"Jika kamu fikirkan, memang ada beberapa persamaan," kata Brivio. "Kerana pada ketika itu, Valentino meninggalkan Honda ketika mereka mendominasi MotoGP. Kini Jorge meninggalkan Ducati ketika mereka mendominasi MotoGP.
"Jadi siapa yang tahu?
Ketika ditanya Martin mampu untuk memenangi perlumbaan debutnya bersama Aprilia di Thailand seperti Rossi lakukan bersama Yamaha, ini jawapan Brivio:
"Sudah tentu ia adalah sukar, tetapi kenapa tidak bukan."
Selain Martin dan Rossi, ada empat lagi pelumba melakukan perkara yang sama dengan mengubah destinasi selepas menjuarai gelaran dunia dalam kempen elit itu.
Pada 1966, Mike Hailwood meninggalkan MV Agusta untuk menyertai Honda,
Giacomi Agostini keluar daripada Yamaha untuk menyertai MV Agusta (1976), Marco Lucchinelli dari Suzuki ke Honda (1982) dan Eddie Lawson dari Yamaha ke Honda (1989).