PELUANG Menang SYM ADXTG400, Zontes 368G, Yamaha Y16ZR Dengan Peraduan PETRONAS Sprinta 40 Tahun!

PETRONAS Lubricants, sempena meraikan legasi 40 tahun jenama minyak enjin motosikal terkemuka negara, PETRONAS Sprinta melancarkan kempen mengujakan iaitu Peraduan Ulang Tahun Ke-40 PETRONAS Sprinta, hari ini

TERKINI

2/1/20262 min read

PETRONAS Lubricants, sempena meraikan legasi 40 tahun jenama minyak enjin motosikal terkemuka negara, PETRONAS Sprinta melancarkan kempen mengujakan iaitu Peraduan Ulang Tahun Ke-40 PETRONAS Sprinta, hari ini.

Kempen yang berlangsung bermula hari ini (1 Februari) hingga 30 April 2026 bertujuan untuk menghargai pengguna setia PETRONAS Sprinta di seluruh negara serta mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu sebagai pilihan utama penunggang motosikal di Malaysia.

Dan menariknya, hadiah yang diumumkan untuk peraduan kali ini cukup menarik termasuk tiga hadiah utama berupa SYM ADXTG400, Zontes 368G dan Yamaha Y16ZR.

Turut tersedia untuk dimenangi termasuklah Yamaha 135LC V8, helmet edisi khas ARC, baucar Setel pelbagai nilai sehingga RM 1000 dan banyak lagi.

Macam mana nak sertai?

Pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah ringkas:

1. Beli satu (1) botol PETRONAS Sprinta sintetik (Sintetik Penuh - Fully atau Semi Sintetik - Semi) untuk mendapatkan satu penyertaan peraduan.

2. Imbas kod QR yang dipaparkan pada poster atau bahan promosi.

3. Lengkapkan e-borang di portal MyMesra dan muat naik resit pembelian.

Lebih banyak botol Sprinta dibeli, lebih tinggi peluang untuk menang.

Produk yang layak meliputi siri sintetik PETRONAS Sprinta berikut:

• Fully Synthetic Series: Racing with Ester, A900, F900, F900HD, T900

• Semi Synthetic Series: A700, F700, T500

Belian boleh dibuat di:

• Kedai-kedai rasmi atas talian PETRONAS Shop (Setel, Shopee & TikTok)

• Kedai-kedai Mesra di stesen PETRONAS

• Bengkel-bengkel PETRONAS MotoExpert

• Bengkel-bengkel motorsikal PETRONAS Sprinta yang mengambil bahagian (terdapat poster peraduan)

Hadiah Menarik Menanti Pemenang Setiap bulan sepanjang Februari dan Mac, peserta bertuah akan memenangi:

• Yamaha 135LC V8

• Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta

• Baucer Setel pelbagai nilai (sehingga RM1000)

Selain itu, Cabutan Akhir yang bakal berlangsung pada Mei 2026 menyediakan tiga (3) hadiah utama untuk peserta bertuah:

• Hadiah Utama – SYM ADXTG400 + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta

• Hadiah Kedua – Zontes 368G + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta

• Hadiah Ketiga – Yamaha Y16ZR + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta

Sejak empat dekad lalu, PETRONAS Sprinta terus menempa nama sebagai pelincir motosikal berkualiti tinggi, diperkukuh dengan teknologi UltraFlex yang direka untuk memberi prestasi segera, perlindungan optimum dan ketahanan terhadap haba serta tekanan tinggi.

"PETRONAS Sprinta bukan sekadar produk, ia adalah sebahagian daripada perjalanan jutaan penunggang di Malaysia dan ini adalah cara mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLMM Zameer Zahur Hussain.

Maklumat lanjut untuk penyertaan, terma & syarat penuh serta pengumuman pemenang, pengguna boleh melayari: www.mymesra.com.my