PELUMBA MotoGP, Moto2, Moto3, Jaguh Tempatan Meriahkan 'Booth' RCB Sempena GP Malaysia 2025!

Menurut RCB, yang juga syarikat pengeluar komponen 'aftermarket' motosikal terkemuka tempatan, apa yang dibuat adalah satu pengalaman eksklusif untuk peminat untuk berada lebih dekat depan para pelumba yang ada kaitan dengan mereka

TERKINI

10/21/20251 min read

BUKAN seorang dua, tetapi 20 pelumba termasuk daripada kelas perdana MotoGP, Moto2, Moto3, atlet dan Duta RCB dijadual tampil secara eksklusif di reruai RCB di kawasan Mall Litar Antarabangsa Sepang sempena Grand Prix (GP) Malaysia 2025.

Menurut RCB, yang juga syarikat pengeluar komponen 'aftermarket' motosikal terkemuka tempatan, apa yang dibuat adalah satu pengalaman eksklusif untuk peminat untuk berada lebih dekat depan para pelumba yang ada kaitan dengan mereka.

Bukan saja pelumba luar negara, bakat-bakat Malaysia turut ada termasuk pelumba wildcard Moto3, Hakim Danish Ramli dan juara keseluruhan ESBK Talent, Qabil Irfan Azlan yang juga pelumba RCB Athlete.

Selain itu, tiga lagi yang turut berada dalam program RCB Athlete iaitu pelumba Moto2, David Alonso dari Sepanyol dan dua pelumba negara di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Khairul Idham Pawi dan Kasma Daniel Kasmayudin juga hadir.

Barisan pelumba MotoGP adalah dari pasukan VR46 Ducati, Franco Morbidelli dan Fabio di Giannantonio, pelumba Tech3 KTM, Maverick Vinales dan Enea Bastianini.

Turut dijadual hadir adalah pelumba pasukan MotoGP HRC Honda Castrol, Luca Marini dan Juan mir.

Tarikh adalah pada 24 dan 25 Oktober 2025 di booth RCB yang berada pada tapak (D-01).

Apa yang menarik, pengunjung dapat bertemu secara langsung dengan barisan pelumba, bergambar kenangan, berbual santai, serta merasai sendiri semangat dunia perlumbaan yang dibawakan oleh RCB.