PENANTIAN Bakal Berakhir, Suzuki V-Strom 250SX (2024) Lancar Suku Pertama 2024?

TERKINI

2/19/20241 min read

SUZUKI Malaysia dikatakan tak mampu menunggu lebih lama untuk membawa masuk model 'Adventure' suku liter popularnya, Suzuki V-Strom 250SX (2024) ke pasaran tempatan.

Seperti diketahui, kehadiran Suzuki V-Strom 250SX bukan satu rahsia dan ia pernah beberapa kali dipertontonkan di pelbagai acara malah tempahan sudah pun dibuka sejak tahun lalu.

Dan selepas dua model yang dipadankan dengan trenkuasa sama Suzuki Gixxer 250, Gixxer SF250 pada November lalu, syarikat berkenaan dijangka

Lebih menarik, menurut sumber, ia dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat sebelum suku pertama 2024 berakhir.

Berdasarkan maklumat, antara yang melambatkan pelancaran Suzuki V-Strom 250SX adalah kemampuan kapasiti pengeluaran di kilang Suzuki Malaysia.

Seperti diketahui, Suzuki V-Strom 250SX adalah model 'Adventure' paling rendah sesaran enjinnya dalam keluarga V-Storm dan ia dikatakan laku keras di beberapa pasaran termasuk di Asia Tenggara antaranya Filipina dan Indonesia.

Mengulas ringkas trenkuasa, Suzuki V-Strom 250SX dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Minyak, Suntikan Bahan Api, SOHC yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihasilkan adalah 26.1 Hp pada 9,300 rpm dengan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork telekopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan dan belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Informasi lain adalah seperti seperti set roda: 100/90-19 (depan), 140/7-17 (belakang), tinggi pelana 835 mm, jarak lega bumi 205 mm dan berat 167 kg.

Seperti motosikal moden lain dalam segmennya, Suzuki V-Strom 250SX (2023) turut dipadankan dengan sistem lampu LED penuh, ciri sambungan ke telefon bimbit menerusi Suzuki Ride Connect Edition dan Suzuki Easy Start System.

Dan lebih menarik, ketiga-tiga warna yang ditawarkan di pasaran antarabangsa - Champion Yellow Number Two, Pearl Blaze Orange dan Glass Sparkle Black akan ditawarkan.

Selain Suzuki V-Strom 250SX (2024), Suzuki Malaysia turut dijangka memperkenalkan beberapa lagi model pada tahun ini termasuk skuter.