PENANTIAN Berakhir, Moto Morini Alltrhike 450 (2026) Dah Tiba Di Bilik Pameran MForce!
Dihasilkan untuk penunggang yang mahukan keseimbangan antara versatiliti, kawalan serta keupayaan touring dalam satu pakej lengkap, Moto Morini Alltrhike 450 ditawarkan pada asas harga RM 28,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)
TERKINI
3/4/20261 min read


MOTO Morini Malaysia melancarkan model 'Adventure touring' aras tengahnya, Moto Morini Alltrhike 460 di negara Tembok Besar China, November tahun lalu dan model berkenaan akhirnya diumumkan sudah 'mendarat' di rangkaian bilik pengedar MForce Bike seluruh negara.
Dihasilkan untuk penunggang yang mahukan keseimbangan antara versatiliti, kawalan serta keupayaan touring dalam satu pakej lengkap, Moto Morini Alltrhike 450 ditawarkan pada asas harga RM 28,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Tiga pilihan warna tersedia iaitu:
Earth Grey
Stone Black
Brave White
Tampil dengan rekaan yang unik, Moto Morini Alltrhike 450 dipadankan dengan enjin 449 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac Slipper.
Ia menghasilkan kuasa 33 kW pada 8,000 rpm dan tork 42 Nm pada 6,500 rpm.
Setiap pembeliam Moto Morini Alltrhike 450 didatangkan dengan dua kotak sisi (34 liter kiri, 30 liter kanan) dan satu kotak atas 39 liter, selain pelindung tangan dan palang pelindung enjin sebagai kelengkapan standard.
Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan terbalik (USD) KYB boleh laras penuh dan penyerap hentak tunggal (belakang) juga jenama KYB.
Tugas membrek dikendalikan oleh cakera apung tunggal dengan jenama J.JUAN (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dengan ciri boleh dinyahaktifkan.
Set roda 90/90-21 (depan), 140/70-18 (belakang) dengan roda memiliki kemampuan boleh off-road.
Tinggi pelana 850 mm
Jarak lega bumu 215 mm
Panel meter TFT 6 Inci
Port pengecas USB Type-A dan Type-C
Suis keselamatan tongkat sisi
Lampu LED penuh
Ada unit Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyahaktifkan
Ada mod khas yang boleh nyah sistem ABS dan TC untuk tunggangan off-road
Tangki bahan api 18.5 liter
Berat 190 kg
Setiap pembelian boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

