PENANTIAN CFMOTO 750SR-S Sah Bakal Berakhir!

Selepas menjengah beberapa negara, CFMOTO 750SR-S nampaknya akan tiba di Malaysia, lebih menarik pada hujung bulan ini sempena Malaysia Bike Show (MBS) 2026

TERKINI

5/18/20261 min read

CFMOTO memperkenalkan motosikal 'Sportbike' 4 Silinder Sebaris CFMoto 750SR-S buat pertama kali pada sekitar Julai tahun lalu dengan pengedarannya ke pasaran global diumumkan bermula tahun ini.

Dan selepas menjengah beberapa negara, motosikal berkenaan nampaknya akan tiba di Malaysia, lebih menarik pada hujung bulan ini sempena Malaysia Bike Show (MBS) 2026.

Tampil dengan rekaan futuristik dalam keluarga SR, antara yang menyebabkan CFMoto 750SR-S menjadi perhatian adalah ia dipacu oleh enjin bersesaran 749 cc, 4 Silinder Sebaris dan menghamburkan kuasa 110 Hp pada 10,250 rpm dan tork 80 Nm pada 9,000 rpm.

Sebagai antara model jagoan CFMoto, CFMoto 750SR-S dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden termasuk menggunakan sistem 'Ride‑by‑wire', IMU 6‑axis untuk kawalan pintar ABS dan Traction Control.

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api 17 liter, lampu LED penuh, panel meter TFT 6.2 inci, pengecas USB Type-C/Type-A, TPMS dan banyak lagi.

Sebelum ini, antara maklumat yang diterima adalah ada kemungkinan motosikal berkenaan akan diumumkan pada harga mengejutkan iaitu di bawah RM 40k.

Jadi persoalan sekarang, adakah angka itu akan dikekalkan MForce Bike?

Sebagai rekod, MBS 2026 akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 29 Mei ini hingga 1 Jun dengan rerurai CFMOTO akan berada di HALL A MotoXperience oleh MForce Bike Holdings.