PENCABAR 'Tulen' Versys‑X 250 Dah Tiba, Morbidelli T252X (2026) Kini Di Malaysia!

Morbidelli T252X dikuasakan enjin bersesaran 249.5 cc, 2 Silinder, 4-lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan. Kuasa dihamburkan pada angka 25 kW pada 12,000 rpm dan tork 20 Nm pada 10,000 rpm

TERKINI

4/18/20261 min read

SELEPAS sekian lama tanpa pencabar sejati dalam bergaya 'Adventure touring' bersesaran suku liter 2 silinder, Versys 250-X kini berdepan pencabar setara apabila Morbidelli Malaysia mengumumkan jagoannya, Morbidelli T252X (2026) sudah pun 'mendarat' di cawangan pengedar MForce Bike.

Seperti majlis pengenalannya di China pada tahun lalu, Morbidelli T252X ditawarkan harga RM 16,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu:

  • Bulk Black

  • Tundra White

Ulas trenkuasa, Morbidelli T252X dikuasakan enjin bersesaran 249.5 cc, 2 Silinder, 4-lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan. Kuasa dihamburkan pada angka 25 kW pada 12,000 rpm dan tork 20 Nm pada 10,000 rpm.

Meskipun berada dalam segmen 250 cc, Morbidelli T252X memiliki tiga mod tunggangan yang setiap mod memiliki tetapan tersendiri seperti Standard (TCS ON, ABS ON), Sport (TCS OFF, ABS ON) dan Off-Road (TCS ON, ABS belakang sahaja).

Panel meter menggunakan jenis TFT menegak bersaiz 7 inci dengan ciri sambungan telefon pintar menerusi sistem T-BOX, sambungan aplikasi Morbidelli serta sambungan Bluetooth yang menyokong notifikasi panggilan, paparan skrin dan navigasi.

Suspensi menggunakan fork jenis terbaik (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang).

Sistem brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 300 mm dengan kaliper 4 Piston (depan) dan cakera tunggal bersaiz 240 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran.

Ciri menarik:

  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

  • Visor angin boleh laras (manual)

  • Port pengecas USB Type-A/C

  • Sistem lampu LED penuh

  • Set roda 110/80-19 (depan), 150/60-17 (belakang)

  • Tinggi pelana 820 mm

  • Lega bumi 180 mm

  • Tangki bahan api 18 liter

  • Berat 180 kg

Lebih mengujakan, aksesori kotak simpanan (dua kotak sisi dan satu kotak atas), serta crash bar dan 'handguard' datang secara standard.

Setiap pembelian Morbidelli T252X boleh menikmati jaminan perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.