PENCABAR ZX-25R, QJMOTOR SRK250 RD Dah Tiba, RM 21,888!

Di pasaran tempatan, satu-satunya model yang bersaing secara terus dengan QJMOTOR SRK250 RD adalah daripada jenama Jepun yang dijenamakan semula iaitu Modenas Ninja ZX-25R tetapi pada harga lebih tinggi

TERKINI

1/16/20261 min read

MENGIKUTI pengumuman kehadirannya pada November lalu di China, motosikal 'Sportbike' suku liter 4 Silinder Sebaris QJMOTOR SRK250 RD akhirnya mendarat di pasaran Malaysia.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh MForce Bike dalam satu hebahan, hari ini.

Seperti pengumumannya sebelum ini, QJMOTOR SRK250 RD tiba pada angka harga menarik RM 21,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Dan ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu White, Red dan Black.

Di pasaran tempatan, satu-satunya model yang bersaing secara terus dengan QJMOTOR SRK250 RD adalah daripada jenama Jepun yang dijenamakan semula iaitu Modenas Ninja ZX-25R tetapi pada harga lebih tinggi.

Ulas trenkuasa, QJMOTOR SRK250 RD dijana enjin 249 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa berada pada angka 40.2 Hp pada 15,500 rpm dan tork 22 Nm pada 12,500 rpm.

Info

  • Tangki bahan api 16 liter

  • Fork depan USD

  • Panel meter TFT digital

  • Dashcam

  • cakera brek tunggal 320mm depan dan 240mm belakang

  • Set roda 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang)

  • Tangki bahan api 16 liter

  • Berat 176 kg

Ada port pengecasan USB Type-A dan Type-C, lampu LED penuh termasuk DRL, Traction Control System (TCS) boleh nyahaktif, kamera rakaman hadapan dan belakang, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), winglet.

Setiap pembelian hadir dengan jaminan pengeluar selama dua tahun dengan perbatuan tanpa had, serta akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform perkhidmatan MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.