PENGIKTIRAFAN Buat Sukan Permotoran, Hakim Danish Diangkat Atlet Muda Terbaik 2022!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/30/20231 min read

SATU lagi pengiktirafan terhadap arena sukan permotoran negara diperoleh apabila pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli dinobatkan sebagai penerima anugerah Atlet Muda Terbaik 2022 pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022, semalam.

Tahun lalu, pelumba berusia 16 tahun itu membuat kejutan apabila memenangi gelaran keseluruhan perlumbaan Asia Talent Cup (ATC), perlumbaan bakat umur elit yang membabitkan pelumba-pelumba terbaik Asia.

Tahun ini, Hakim Danish berpangkalan di Eropah dan beraksi di perlumbaan Red Bull Rookies MotoGP Cup dan Kejuaraan European Talent Cup (ETC).

"Terima kasih @sam_sportswritersmalaysia atas anugerah Atlet Muda Terbaik. Saya akan terus berusaha dan tingkatkan lagi prestasi saya," kata atlet kelahiran Terengganu itu dalam laman media sosial rasminya.

Sementara itu, kejayaan Hakim Danish turut mendapat ucapan tahniah daripada Terengganu Incorporated yang juga anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.