'PERANG' Skuter Diteruskan, WMoto Island 150 (2026) Lancar Di Malaysia, RM 6,688!
WMoto Island 150 (2026) yang tampil dengan rekaan moden dikuasakan dengan enjin 150 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi automatik CVT
PELANCARAN
2/1/20261 min read


WMOTO Malaysia menambah 'panas' persaingan dalam segmen skuter di pasaran tempatan apabila melancarkan jagoan terbaharunya, WMoto Island 150 (2026) bersama harga jualan RM 6,688 (asas).
Menurut WMoto, WMoto Island 150 (2026) dikatakan meningkatkan pengalaman tunggangan harian menggabungkan gaya moden, keselesaan optimum serta teknologi terkini.
Angka berkenaan seperti biasa tidak termasuk cukai jalan dan insuran serta hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu:
Aura Black
Action Blue
Prime Grey
WMoto Island 150 (2026) dikuasakan dengan enjin 150 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa berada pada angka 11.5 kW pada 8,500 rpm serta tork 14.2 N.m pada 6,500 rpm.
Suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang).
Sistem brek pula menggunakan cakera (Depan/belakang) dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Info
Lampu LED penuh termasuk DRL
Panel meter digital LCD
Sistem Tanpa Kunci
Suiz keselamatan tongkat sisi
Port pengecasan USB Type-A dan Type-C
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Set roda 110/70-14 (depan), 130/70-13 (belakang)
Tangki bahan api 9 liter
Lega bumi 136 mm
Tinggi pelana 764 mm
Berat 137 kg
Kata WMoto, WMoto Island 150 (2026) sudah boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.







