'PERANG' Skuter Makin Ganas, Aprilia SR GT 200 Sport Kembali Ke Malaysia, RM 15.9k!
Aprilia Malaysia secara rasmi mengumumkan kehadiran semula skuter bergaya 'Urban Adventure' popularnya, Aprilia SR GT 200 Sport (2026) dan menariknya, bersama harga lebih berbaloi iaitu RM 15,900 (asas)
TERKINI
4/22/20261 min read


APRILIA Malaysia, hari ini secara rasmi mengumumkan kehadiran semula skuter bergaya 'Urban Adventure' popularnya, Aprilia SR GT 200 Sport (2026) dan menariknya, bersama harga lebih berbaloi iaitu RM 15,900 (asas).
Sebelum pergi lebih jauh, 3 pilihan warna baharu tersedia iaitu:
Street Gold
Savana Grey
Space White
Menurut Aprilia Malaysia, penawaran harga baharu model yang pernah jualannya 'tersekat' pada tahun lalu itu bertujuan menjadikan skuter dalam segmen gaya hidup dan versatil berkenaan lebih mampu milik oleh penunggang tempatan, susulan kejayaan luar biasa model sama yang berjaya mencatat jualan lebih 2,000 unit di seluruh negara sebelum ini.
Menggabungkan prestasi dan praktikaliti tunggangan harian, Aprilia SR GT 200 Sports tampil dengan rekaan sporty mengikuti DNA model berkuasa tinggi jenama Itali itu dan ia boleh dilihat menerusi rekaan lampu depan.
Di bahagian trenkuasa, Aprilia SR GT 200 Sports dijana enjin i-get 174 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC bersama transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah pada angka 17.4 Hp pada 8,500 rpm dan tork 16.5 Nm pada 7,000 rpm.
Ciri-ciri dan info penting:
Panel meter digital LCD
Sistem enjin start/stop
Tangki petrol 9 liter
Fork teleskopik 33mm Showa
Asorber berkembar Showa
Rim 14-inci didepan, 13-inci dibelakang
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran
Brek cakera tunggal 260 mm (depan) dan cakera 220 mm (belakang)
Aprilia Malaysia turut mengumumkan Aprilia SR GT 200 Sports sudah pun tiba di cawangan pengedar sah Aprilia di seluruh negara.

