PERHATIAN: Yamaha Motor Malaysia Keluarkan Notis Panggil Semula Yamaha NVX, R15M Keluaran 2021-2023

TERKINI

3/13/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia mengeluarkan Notis Panggilan Semula untuk dua modelnya, Yamaha NVX155 dan Yamaha R15M yang terbabit dengan Prgram Penggantian Komponen dan Naik Taraf Unit Kawalan Komunikasi (CCU) Assy.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan, model yang terjejas adalah keluaran dari tahun 2021 hingga 2023 dengan penggantian akan dijalankan secara berperingkat.

Berikut adalah nombor 'Frame' unit yang terlibat:

Yamaha NVX

  • PMYSG7410L0000011 – P0039700

PMYSG7420L0000011 – P0026367

Yamaha R15M

  • PMYRG7910N0000011 – N0002990

  • PMYRG7910P0002991 – P0005190

  • PMYRG7910P0004991

Yamaha Motor Malaysia begitupun mengumumkan syarikat itu tidak akan mengeluarkan sebarang surat rasmi kepada semua pemilik yang terbabit.

Begitupun kepada yang terlibat, mereka boleh mengunjungi semua pengedar sah Yamaha Motor Malaysia di seluruh negara untuk maklumat lanjut.

Selain itu, temujanji boleh dibuat di cawangan pengedar sah Yamaha Motor Melaysia atau di ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor di Sungai Buloh secara online menerusi pautan https://service.yamaha-motor.com.my/booking

Yamaha Motor Malaysia dalam pada itu turut menasihatkan para pemilik yang terbabit untuk terus menggunakan dan menyelenggara motosikal mereka mengikut arahan yang dinyatakan dalam manual pemilik.